Monday, May 10, 2010

perempuan tetap Perempuan!


Nabi junjungan tercinta kita... dah lama pesan,
disini saya ingin mengingatkan diri sendiri, ahli keluarga, sedara mara, jiran tetangga dan teman semua..






maksudnya :

"Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma beliau berkata: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki."

(Hadis riwayat Bukhari)



p/s : untuk ahlibet Syaqaiqun Nu'man lepas ni pakat cek ubat masing-masing. jangan TERada ubat hormon tukaq jantina


Sunday, May 9, 2010

Masya Allah

P/s ; terima kasih insan yang telah mengkhabarkan kejadian ini, dan segala yang terpapar dalam Masya Allah adalah milik empunya gambar sepenuhnya. Kepada sahabat yang telah m'forward' jua syukran dirakamkan. Moga kita dapat mengambil iktibar.


Kejadian ini berlaku di Malaysia. sekitar bulan Mac 2010.


Bermulalah kisah...


Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....


Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta

dan

sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui

jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...



Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....



Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...



Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...




Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawab......

Sebuah kereta wira terperosok dibawah kren.





Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang

sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....

Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....

MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....


Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu

berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada

ALLAH yang MAHA KUASA....


Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......

Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........


Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......

Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada

cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....










Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......




Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...





Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat

Pihak Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!







Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....


" YA ALLAH......"




Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...







AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...


Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"







Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat


Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....
Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...



Thursday, May 6, 2010

jaDuaL takhaLuf Al Azhar Iskandariah '10


sila klik untuk paparan lebih jelas



Moga kejayaan milik kita bersama.

Bitaufik wanajah. Amin

untuk pertanyaan lanjut klik [disini..]

Monday, May 3, 2010

KAhwin cepat




Kahwin Cepat -

Yang Berkat Jadi Mudarat?



budakraja menulis - "Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan berrtanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"

"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.

Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.

"Bahagia Tuk?"

"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"

Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.

"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih

menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.

"

Sunday, May 2, 2010

peribadi kekasihku

Menitis air mata ini kerana rindu. Jerit perihmu.. mengharukan hatiku.
Ketabahanmu menguatkan jiwaku. Peribadimu yang agung menjadi inspirasiku.
Engkaulah insan mulia di muka dunia...
Moga syafaatmu dapatku rasai wahai kekasih Allah.


Dirimu yang..

  • Bersikap amat bertolak ansur.

  • Seorang yang berani, adil dan bersopan santun

  • Ringan tulang dan memberi pertolongan kepada orang lain sekalipun diri dalam kesusahan.

  • Sangat pemalu dan tidak menatap lama wajah seorang yang lain.

  • Gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga.

  • Tidak berasa hina, membantu hamba, orang susah dan orang miskin.

  • Tidak pernah bersandar ketika makan.

  • Fasih dan manis dalam tutur kata.

  • Seorang yang suka menziarahi orang sakit.

  • Sentiasa mengembirakan hati pesakit dengan memberikan harapan agar cepat sembuh.

  • Suka memberi makanan kepada fakir miskin.

  • Menyambut dan memuliakan orang yang menemuinya.

  • Gemar bergurau senda, tetapi tidak berdusta dalam gurauannya dan tidak pernah ketawa berdekah-dekah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails