Wednesday, October 20, 2010

Ubat teringat-ringat

-





Teringat-ringat.
Itu perkataan biasa dalam perbualan saya bagi menggantikan Rindu.

Kenapa eh? .

Kenapa seRasa susahnya nak sebut di mulut kalimah Rindu. Silap cover gagap jadinya. Lebih-lebih lagi pada mereka yang saya cinta.


Sebetulnya, saya membilang hari untuk kembali ke tempat pengajian, yang mana jaraknya 4, 939 batu. (8,230 km) dari rumah. Mungkin lebih lagi. Jadi kalimah luar biasa itu, biar saya tampal di sini. Lekat sampai bila-bila harapnya.



Saya rindu semua nanti, termasuk ikan-ikan yang selalu tonyoh bibir di kaca akuarium bila melihat kelibat saya malah berebut-rebut menggigit jemari yang sedang menempek makanan mereka di dinding.


Sungguh. Saya akan merindui suasana itu.


Pasti benar saya akan merindui atuk. Atuk bersama cerita-ceritanya yang memugar semangat. Atuk yang sentiasa memanggil-manggil cucu, untuk himpun pahala.

Himpun pahala?.

ya. Jika ikhlas menemani dan menturuti perintahnya. Moga ada.

Setiap 2 jam, saya menjadi Jam bagi atuk. Kadang-kadang dari pukul 11:00 ke 11: 25 hampir 5 kali saya perlu menerangkan masa, sekarang jam berapa.

Menjadi Chef tetap bagi atuk tugas utama saya. Makanannya perlu istimewa dan yang penting server di meja. Malah saya turut menjadi peneman yang setia, menanti atuk dipintu bilik air.
Doktor juga jawatan saya, eh mungkin nurse sebenarnya. Nurse yang jelita. Hehe.. dan Macam-macam lagi.


saya berMoga jadi cucu mithali, cuma belum tahu apakah usaha yang tak seberapa ini Allah SWT pandang nanti.



sEORANG Teman pernah mengingatkan, katanya

Bukan senang NAK senang
BUKAN susah nak Susah

Jadinya, kesabaran kunci utama. Insyallah..

Atuk, kenangan ini saya akan bawa kesana, bila Rindu datang menerpa.





Di negara yang akan ke sana lagi



Begitu banyak nilai kasih sayang yang diterapkan Islam
dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Tak akan pernah rugi jika
saya dan kamu mengikutinya, bahkan ada perintah yang wajib juga.


" dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum Kerabat, dan orang-orang
miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah.... "

[surah An-Nur ayat 22]



Tuesday, October 12, 2010

untuk orang yang ada Cinta

Ibu Bapa Suka Mempunyai Anak

Ini kerana mempunyai anak banyak kelebihannya, dibandingkan harta kekayaan
antaranya seperti


  • Anak dapat diajak berkomunikasi (menghiburkan jiwa)
  • Mengikut jejak ibu bapa
  • Membela ibu bapanya ketika orang lain menyerang atau melukai hati mereka
  • Penunjuk kepada mereka apabila dalam kekeliruan
  • Merawat ibu bapa bila sakit atau lanjut usia



Perbandingan kekayaan atau Anak


Pada ayat ke 45, surah Ali Imran. Allah SWT nyatakan:

" Bahawasanya Allah SWT memberikan khabar gembira kepadamu dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah iaitu seorang anak bernama Masih, Isa bin Maryam..."


Allah menyatakan bahawa anak membawa kegembiraan bagi ibu bapanya. Walaupun dalam keadaan ini Maryam melahirkan Nabi Isa a.s tanpa suami akan tetapi Allah SWT tetap menyatakan Isa a.s membawa kegembiraan.



Ibu Bapa Bahagia Jika Anak-anaknya soleh

Kita sering mendengar imam-imam membaca doa yang merupakan firman Allah SWT dalam surah Al Furqan ayat 74. Bah kita sendiri juga senantiasa memohonnya

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.




Ibu Bapa Menginginkan Anak-anaknya Berbakti Kepadanya


Cik Farhana,

Kesemua yang tertera di semaluberduri kali ini adalah pesanan khas dan ingatan untuk cik!
Jadi, sila tidak perlu berbunga merdu menyusun ayat sebentar.

Contoh realiti er bukan realiti tv sedang Cik Farhana alami bahkan sedang meneliti.
Moga-moga bagi sesiapa memerhati tajuk ini ambillah pengajaran dan cerita yang busuk bersihkan.


Ibu bapa inginkan anak-anaknya berbakti padanya.

Allah berfirman dalam surah Al- Isra ayat 23


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).





Mama tercinta luangkan masa bersama Atuk




Dapat dikait keadaan dari sudut psikologi orang tua,

Allah telah menetapkan adanya sikap timbal balik ibu bapa rela berkorban, kerana itu tertanam keinginan dan kemahuan pada diri mereka untuk mendapatkan penghormatan dari anaknya.

Dengan adanya perintah ALLAH SWT pada anak-anak untuk memuliakan ibu bapanya, maka sudah tersalur tuntutan Ibu bapa terhadap mereka.




P/s: Eh, tak takut ke, dengan gelaran ' orang tua Nyanyuk' pada mereka iaitu ibubapa kita.
Astaghfirullah..
Bisa memakan diri Tahu!

Harap kesedaran adab sentiasa bersama kita.

Perhiasan untuk mereka



Angin rajin datang tak semena-mena.
Bukan apa. Rajin belek membelek posted lama yang tersidai di tanah semaluberduri.

Misalnya di 'Jangan malu mengaku BAHAGIA'

Nah, tengok ikan-ikan dahulu pun sudah berganti baru.



Masing-masing sibuk


Sibuk terjah makanan yang melekat tu




Baik. Hidangan mata cukup untuk itu.


Ini hidangan hati pula.


Dalam surah Al- Kahfi, ayat ke 46. ALLAH SWT telah berfirman



ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا

" Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia"




Ayat di atas menjelaskan keadaan anak bagi ibu bapa.
Allah SWT menggunakan زِينَةُ iaitu perhiasan.



Mengapa anak adalah perhiasan?

Kerana setiap apa yang Allah SWT nyatakan sebagai perhiasan
akan menyebabkan seseorang itu merasa bangga, senang, terhormat,
terhibur, gembira dan pelbagai perasaan yang menyebabkan
dirinya mendapat hiburan yang positif didalam kehidupanya.


P/s; besambung nanti.

Thursday, October 7, 2010

Mendidik si dia






Hantu!

Kata seorang kanak-kanak sambil tangannya kearah saya.


Er hantu ye.


Kebetulan saya sedang menemani mama beratur di mesin Atm. Kedudukan yang tidak berapa jauh membuatkan saya mampu menangkap butiran suara si comel tersebut.

Kelihatan papa si Comel tersebut bergerak perlahan untuk menoleh ke belakang bagi memastikan bahkan mungkin teruja dengan aduan anaknya.


Itu perkara biasa. Macam-macam lagi.
Yang pasti kenangan ini akan saya bawa pulang ke sana nanti.


Ini pula cerita semasa raya.

Jemputan ke Jamuan Hari Raya di tempat kerja mama baru-baru ini saya penuhi.
Ramai dan meriah mampu saya kata dan cerita Si Comel kali ini lain pula,

Tangan yang saya hulur disambut dengan sedikit gelisah pada mulanya. Takut agaknya fikir saya tapi tak lama, dia mendekati dan bergurau senda akhirnya bersama saya .


Menariknya, si Comel tersebut memang sudah diberikan pendedahan mengenai agama. Sedikit sebanyak, tudung berwarna merah Jambu terhias di kepalanya. Menawan. Sungguh menawan.


Tadi, setelah hampir seminggu berlalu mama bercerita, Ibu Si Comel tersebut mengadu. Katanya, sejak pulang dari jamuan hari raya, puterinya menarik tudung dari bawah dagu tutup hingga paras bawah mata.

Di tanya mengapa.

Jawab si comel ingin jadi seperti saya.







Saya dan mama tercinta di Jamuan Hari Raya



Mis 2 Hermanas



Sedikit perkongsian:
Masa kanak-kanak mempunyai keistimewaan berupa
kelenturan serta kesucian dan fitrah.
Dalam masa ini seseorang dapat memanfaatkan
waktu yang cukup
untuk menanamkan di dalam jiwa anak apa saja
yang dikehendakinya,
dapat mengenal berbagai potensinya,
serta dapat membantu arah masa depannya.
Bimbingan atau pembinaan awal yang harus dilakukan
pada anak-anak
adalah
penanaman akidah Islam yang kukuh pada anak,
menanamkan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya,
al-Quran dan hadis- hadis Rasul.

Di samping itu penanaman akhlak dan adab juga
merupakan hal yang penting
dalam proses pembinaan ini.
Seiring dengan itu,
pembinaan perasaan dan kejiwaan anak
merupakan hal yang tidak boleh kita abaikan.




Tuesday, October 5, 2010

Insyallah.

Perjalanan pulang dari negeri serambi Mekah baru-baru ini masih diingtan.


Lama benar rasanya tidak menaiki bas ekspress di negara sendiri. Mutu perkhidmatan dan keselesaan boleh dikategorikan 'A' berbanding di negara yang akan saya pergi hujung bulan ini. Bak kata guru saya dulu-dulu" Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Lebih terbaik Pemerintah negeri itu atuhi aturan Tuhan. Eh, pening? faham sendiri sudah.



Bagaimanapun perasaan sedikit gelisah ada juga menerpa tatkala melihat bas express, mana taknya sebelum ini saya selalu mengikuti berita dan beberapa kejadian ngeri melibatkan bas walau saya bukan di dalam negara. Bagaimanapun Insyallah Selamat, itu slogan Konsortium Ekspress Mutiara.



Ini tolong hebah namanya
Insyallah Selamat




Percaya. Allah sentiasa ada bersama kita.

Saturday, October 2, 2010

maafku untuk kamu

Alunan Al Quran bergema tika ini sayup dari surau berhampiran.


Moga sempat saya ketuk mengetuk papan kekunci sebelum azan berkumandang. Hajatnya ingin memohon maaf dari dari seorang teman.




Cik Najah,

Maaf ye, membuatkan dirimu dalam runSING kerna lewat beri no tiket. Harapnya segala urusan kita dipermudahkan.

Cik Farhana.




Maafkan ye, ni Coklat Ball untuk Cik Najah




Tiket Flight, Qatar. Nak cepat-cepat pulang ke sana.

Bagai diseru-seru.

Senang kata. seperti dipangil-panggil oleh padang Pasir. Mana taknya. Kuliah sudah mula cik Farhana!


saya harap, Cik Najah sudi kata. "Maafku untuk kamu"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails