Tuesday, September 27, 2011

MUTIARA DOA

MUTIARA DOA : (DARI AL-QURAN)


1) DOA MEMPEROLEH ISTERI DAN ANAK-ANAK YANG BERTAQWA :

رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا 


"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(SURAH AL-FURQAN AYAT 74)










2) DOA MENDAPAT ANAK YANG BERAKHLAK MULIA DAN MENGHORMATI IBU BAPA :

رَبِّ أَوزِعنى أَن أَشكُرَ نِعمَتَكَ الَّتى أَنعَمتَ عَلَىَّ وَعَلىٰ وٰلِدَىَّ وَأَن أَعمَلَ صٰلِحًا تَرضىٰهُ وَأَصلِح لى فى ذُرِّيَّتى ۖ إِنّى تُبتُ إِلَيكَ وَإِنّى مِنَ المُسلِمينَ


"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
(SURAH AL-AHQAF AYAT 15)



3) DOA MENGEKALKAN KASIH-SAYANG SUAMI/ISTERI/ANAK YANG TERPISAH AGAR TERTAMBAT HATI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN : 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اصبِروا وَصابِروا وَرابِطوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ



Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(SURAH ALI-'IMRAN AYAT 200)



4) DOA KASIH-SAYANG/PELEMBUT HATI SUAMI/ISTERI/ANAK-ANAK : 



 طه
 ما أَنزَلنا عَلَيكَ القُرءانَ لِتَشقىٰ 
  إِلّا تَذكِرَةً لِمَن يَخشىٰ
 تَنزيلًا مِمَّن خَلَقَ الأَرضَ وَالسَّمٰوٰتِ العُلَى
الرَّحمٰنُ عَلَى العَرشِ استَوىٰ 
(1) Thaahaa
(2) Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
(3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.
(4) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
(5) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
(SURAH TAHA AYAT 1-5)


5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH : 

رَبَّنا ظَلَمنا أَنفُسَنا وَإِن لَم تَغفِر لَنا وَتَرحَمنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخٰسِرينَ


"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
(SURAH AL-A'RAF AYAT 23)


6) DOA MEMOHON RAHMAT DAN PIMPINAN ALLAH : 

رَبَّنا ءاتِنا مِن لَدُنكَ رَحمَةً وَهَيِّئ لَنا مِن أَمرِنا رَشَدًا


"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
(SURAH AL-KAHFI AYAT 10)


7) DOA MENDAPAT HIDAYAH BERKEKALAN DARIPADA ALLAH : 

رَبَّنا لا تُزِغ قُلوبَنا بَعدَ إِذ هَدَيتَنا وَهَب لَنا مِن لَدُنكَ رَحمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الوَهّابُ


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya".
(SURAH ALI-'IMRAN AYAT 8)



Wednesday, September 21, 2011

Teka silap


Tapak kolam ikan di Rumah Pak cik


Telur Nipah

Aksi Babah ukir telur dari buah Nipah. Er.. nira agaknya.



Sedang kami menikmati makan malam Pak cik baru sampai dari Kedai gambarnya. Di tangan Pak cik macam ada sesuatu yang macam saya tahu.

" Ha.. pakat teka ni buah apa? " tanya Pak cik sambil mengangkat sekelompok himpunan buah-buah.

" Oh.. buah Salak tu." jawab saya.

OK. Tak mahu saya cerita panjang sebab satu rumah dah gelak. Kata Mak cik, zaman kecil-kecil dulu Babah saya superb bab kupas buah ni. Guna tangan kot. Siap mereka berlumba lumba siapa paling cepat kupas dalam bentuk telur. Hebat.

Lepas ini kena ingat. Buah Nipah begini rupanya.. bukan Salak.





Monday, September 19, 2011

DIA yang dicintai.

"Tahniah Kak!" kata mereka.


Lebih kurang jam 4 petang waktu Malaysia 3 September lalu, dikhabarkan pada saya Natijah Imtihan maksud kata, keputusan periksa. Subjek yang sempat saya masuk periksa. Lulus semua. Alhamdulillah. 

Padahal di tanggal Syawal ke-5 jugalah hati diruntun sebak. Hari yang sama duka dan suka berkongsi masa. Senyum dengan lelahan air mutiara.
Terima kasih ya Allah atas segala ketentuan.



Pagi.

Seusai subuh, Mama kata "cuba pergi tinjau Atuk tu..." Selalunya Atuk bangun dahulu.

Sememang sudah menjadi tugas untuk sediakan sarapan Atuk tercinta. Sebelum ke dapur saya singgah tengok dan tanya macam selalu. Pintu bilik Atuk yang sedia terbuka saya masuk. Keadaan cahaya bilik masih samar-samar waktu pagi. Melihat cara Atuk tidur waktu itu betul-betul menyentapkan hati. 

Allah..

Lantas saya merapati katil. Atuk berbaring dengan matanya terkatup rapat. Bibir Atuk juga. Tangannya seperti qiam dalam solat. Kedudukan bantal juga tak seperti biasa. Melihat suasana, jantung saya berdegup kencang. 

"Atuk..." panggil saya perlahan.

"Atuk.."

"Atuk." Saya panggil lagi. 


Panggilan ketiga yang tiada sahutan membuat kolam mata jadi tadahan. Saya panggil Atuk lagi mana tahu lena betul Atuk tidur kali ini.

Saya pegang tangan Atuk kali ini. Sejuk.


"Atuk.." saya gosok tangan Atuk. Perlahan saya goncangkan. Tiada balasan. 
Saya tahu Atuk akan pergi.. dan pasti sampai masa semua juga akan pergi. Tak akan kembali.








Segala pengurusan Atuk terasa begitu mudah. Bukan hanya saya yang rasa bahkan semua. Sebelum zuhur jenazah Atuk selamat disemadikan. Ramai yang mensolatkan Atuk, sungguh tak tersangka. Padahal kedatangan Atuk ke rumah saya tak diketahui. Hinggakan saat Atuk pergi ada yang baru tahu kehadiran Atuk di rumah kami, namun siapa tahu Pencaturan DIA. Atuk disolatkan oleh ramai manusia.



Tak akan lupa kenangan Atuk bersama. 
10 haribulan 10 tahun 2010, Atuk menjejakkan kaki ke rumah kami. 

Padahal semua sibuk dengan posisi sendiri, Mama dan Babah mencari rezeki dan kami adik beradik masih menuntut lagi. Alhamdulillah ALLAH SWT beri ruang kami berbakti. Kami sekeluarga bergilir cuti. 


Memang sungguh hebat penyusunan ini.. sebabnya bukan perancangan dari kami sendiri.


Pengorbanan Mama mengambil cuti tanpa gaji 6 bulan bersama Atuk, sangat membanggakan saya. Saat Mama tercari-cari siapakah yang bakal menemani Atuk bila Mama habis cuti takdir telah ditentukan bahawa saya patah kaki dan pulang ke tanah air. Sekaligus mengambil giliran dan genaplah kami sekeluarga menemani Atuk.


Masih ingat lagi, hari mula saya sampai rumah dengan kaki bersimen. Kebetulan tongkat tiada lagi. Mengesot saya untuk gerak ke sana ke mari. Bergenang mata Atuk sebab yang menjaganya OKU juga.Hehe..

Kadang-kadang Atuk panggil minta tolong picitkan kaki. Bila melihat yang datangnya bertongkat, Atuk kata " Eh kau.. takpalah. Mari sini Atuk tengok kaki"..



..dan banyak lagi. 

Hari yang sama, Atuk pergi. Saya juga tahu bilakah masa yang perlu saya pergi kembali sambung mengaji.


Atuk,
 Saya sayang Atuk. Sampai masa nanti kita jumpa lagi.


 Padahal banyak lagi cerita yang mahu saya kongsi. Selebihnya biarlah saya simpan rapat jadi kenangan. 

Mudah-mudahan Atuk damai disana bersama golongan-golongan yang ALLAH SWT cintai. Amin.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails