Friday, July 4, 2008

salam rejab

Selamat Menyambut Bulan Rejab and selamat Beramal Semua..(^_^)*
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah padabulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh denganMalaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulanRejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itumaka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.SYA'ABAN menyucikan hatinya.RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.SYA'ABAN bulan muhibbah.RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Thursday, April 17, 2008

PERLU diingatkan

dingatkan perlu berjaga-jaga,
moga kita tak terkena
pentingnya pengetahuan serta pemberitahuan...

















GAMBAR BARI (BABI+BIRI)
















jauhi perkarA ini,

~dari teman

Dalam kancah kehidupan umat islam hari ini kita sering tak ambil kisah akan makan yang kita makan, adakah ia syubhah ?? adakah ia haram?? Disesebabkan kelalaian kita dan kurangnya kesedaran tentang perkara tersebut menjadikan umat islam turut sama mengikut jejak langkah mereka yang jahil agama islam. Oleh yang demikian saya mempunyai kesedaran untuk memperingati diri sendiri dan sesiapa yang mengambil kisah hal umat islam tentang syubhah & haram ini amat dialu-alukan berkongsi pandang dan cadangan tentangnya. Di mana saya lampiran sedikt penerangan ringkas dan selebihnya gamba² khinzir dan keturunannya.



Kulit khinzir tidak akan menjadi suci, sebelum ataupun selepas samak (tanning), jadi kita tidak patut menggunakan produk yg menggunakan kulit khinzir. Jika menyentuh sesuatu yang najis, tidaklah menjadikan tubuh kita najis, kecuali terdapat basahan pada tempat sentuhan, sama ada pada benda yg disentuh ataupun orang yang menyentuh.



Syaikh Ibn Jibrin berkata di dalam Fatawa Islamiyah, jika badan atau pakaian adalah kering dan menyentuh sesuatu yg najis tetapi juga kering, maka tiada apa-apa masalah kerana najis hanya berpindah apabila terdapat basahan. Jika tangan anda menjadi najis dengan menyentuh kulit khinzir apabila terdapat basahan, maka anda perlu membasuh tangan anda. Cukup membasuhnya sekali sahaja, kerana tiada suruhan untuk membasuhnya tujuh kali (satu dgn tanah), kecuali dalam kes air liur anjing.



Sesetengah ulama mengkiaskan khinzir kepada anjing, maka mereka juga berpendapat perlu membasuh tujuh kali (satu dgn tanah) dalam kes khinzir. Syaikh Ibn Uthaimin berkata: “Ini adalah perumpamaan yg lemah, kerana khinzir telah disebut di dalam al-Quran dan khinzir juga wujud semasa zaman Rasulullah s.a.w, dan tidak ada riwayat yg menyamakan khinzir dengan anjing. Maka yg betul ialah najis daripada khinzir adalah sama sahaja dengan najis lain, dan tidak perlu membasuhnya tujuh kali, termasuk sekali dengan tanah atau debu.” (Sharh al-Mumti)
Pandangan ini juga adalah pandangan Imam Syafi’e dan Imam Nawawi. Imam Al-Nawawi r. berkata di dalam kupasannya tentang Muslim (Sharh Muslim): “Kebanyakan ulama berpendapat bahawa najis yg disebabkan oleh khinzir tidak perlu dibasuh tujuh kali. Inilah pandangan al-Syafi’e, dan pandangan ini mempunyai bukti yg paling kukuh.”




Disini dilampirkan gambar tentang khinzir dan keturunannya :

Wednesday, April 2, 2008

ingatkah diKau di dalam lipatan seJarah



Sepasang mata menjadi hadiah

"Kenapa engkau mengikutku?"


"Aku tertarik dengan kecantikanmu"

Jawapan yang cukup angkuh

Namun mengundang seribu soalan

Bila bungkusan merah diterima di tangan

MUSLIMAT,

Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga keperibadianmu


WAHAI MUSLIMAT,

Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya dicipta Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki ini
Yang kau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih

BENAR,

Wanita ini telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi ahli sufi

MUSLIMAT,
Beginilah jalanmu

Tundukkanlah pandanganmu

Keraskanlah suaramu

Seriuskanlah perwatakanmu

Tampilkan ketegasanmu

Bila engkau di depan atau di belakang

Atau di kiri atau di kanan lelaki

Walau atas apa alasan sekalipun

Ketuk keegoan mereka

Bangkitkan mereka dari mimpi

Jelaskan dengan amalmu

Bahawa percampuran bukan caranya

Bahawa keseronokan adalah palsu

Bahawa di sini tiada kebahagiaan

Hanya kehancuran


MUSLIMAT,

Inilah jalannya.
Lalu mungkin engkau akan melihat.
Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri,


bilamana sepasang mata menjadi hadiah.

Saturday, March 22, 2008

saaT tinta berBiCarA




Kenapa Aku Diuji?




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Surah al-`Ankabut, ayat 2-3)




Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Idam-idamkan?




"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."


(Surah Al-Baqarah, ayat 216)




Kenapa Ujian Seberat Ini?




"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


(Surah Al-Baqarah, ayat 286)




Rasa Frust?




"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."


(Surah Ali `Imran, ayat 139)




Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?




"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


(Surah Ali `Imran, ayat 200)




"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"


(Surah Al-Baqarah ayat 45)






Apa yang Aku Dapat daripada Semua Ini?




"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."


(Surah al-Tawbah, ayat 111)






Kepada Siapa Aku Berharap?




"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."


(Surah al-Tawbah, ayat 129)






Aku Tak Dapat Tahan!!!




".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."


(Surah Yusuf, ayat 12)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails