Thursday, April 17, 2008

PERLU diingatkan

dingatkan perlu berjaga-jaga,
moga kita tak terkena
pentingnya pengetahuan serta pemberitahuan...

















GAMBAR BARI (BABI+BIRI)
















jauhi perkarA ini,

~dari teman

Dalam kancah kehidupan umat islam hari ini kita sering tak ambil kisah akan makan yang kita makan, adakah ia syubhah ?? adakah ia haram?? Disesebabkan kelalaian kita dan kurangnya kesedaran tentang perkara tersebut menjadikan umat islam turut sama mengikut jejak langkah mereka yang jahil agama islam. Oleh yang demikian saya mempunyai kesedaran untuk memperingati diri sendiri dan sesiapa yang mengambil kisah hal umat islam tentang syubhah & haram ini amat dialu-alukan berkongsi pandang dan cadangan tentangnya. Di mana saya lampiran sedikt penerangan ringkas dan selebihnya gamba² khinzir dan keturunannya.



Kulit khinzir tidak akan menjadi suci, sebelum ataupun selepas samak (tanning), jadi kita tidak patut menggunakan produk yg menggunakan kulit khinzir. Jika menyentuh sesuatu yang najis, tidaklah menjadikan tubuh kita najis, kecuali terdapat basahan pada tempat sentuhan, sama ada pada benda yg disentuh ataupun orang yang menyentuh.



Syaikh Ibn Jibrin berkata di dalam Fatawa Islamiyah, jika badan atau pakaian adalah kering dan menyentuh sesuatu yg najis tetapi juga kering, maka tiada apa-apa masalah kerana najis hanya berpindah apabila terdapat basahan. Jika tangan anda menjadi najis dengan menyentuh kulit khinzir apabila terdapat basahan, maka anda perlu membasuh tangan anda. Cukup membasuhnya sekali sahaja, kerana tiada suruhan untuk membasuhnya tujuh kali (satu dgn tanah), kecuali dalam kes air liur anjing.



Sesetengah ulama mengkiaskan khinzir kepada anjing, maka mereka juga berpendapat perlu membasuh tujuh kali (satu dgn tanah) dalam kes khinzir. Syaikh Ibn Uthaimin berkata: “Ini adalah perumpamaan yg lemah, kerana khinzir telah disebut di dalam al-Quran dan khinzir juga wujud semasa zaman Rasulullah s.a.w, dan tidak ada riwayat yg menyamakan khinzir dengan anjing. Maka yg betul ialah najis daripada khinzir adalah sama sahaja dengan najis lain, dan tidak perlu membasuhnya tujuh kali, termasuk sekali dengan tanah atau debu.” (Sharh al-Mumti)
Pandangan ini juga adalah pandangan Imam Syafi’e dan Imam Nawawi. Imam Al-Nawawi r. berkata di dalam kupasannya tentang Muslim (Sharh Muslim): “Kebanyakan ulama berpendapat bahawa najis yg disebabkan oleh khinzir tidak perlu dibasuh tujuh kali. Inilah pandangan al-Syafi’e, dan pandangan ini mempunyai bukti yg paling kukuh.”




Disini dilampirkan gambar tentang khinzir dan keturunannya :

Wednesday, April 2, 2008

ingatkah diKau di dalam lipatan seJarah



Sepasang mata menjadi hadiah

"Kenapa engkau mengikutku?"


"Aku tertarik dengan kecantikanmu"

Jawapan yang cukup angkuh

Namun mengundang seribu soalan

Bila bungkusan merah diterima di tangan

MUSLIMAT,

Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga keperibadianmu


WAHAI MUSLIMAT,

Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya dicipta Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki ini
Yang kau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih

BENAR,

Wanita ini telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi ahli sufi

MUSLIMAT,
Beginilah jalanmu

Tundukkanlah pandanganmu

Keraskanlah suaramu

Seriuskanlah perwatakanmu

Tampilkan ketegasanmu

Bila engkau di depan atau di belakang

Atau di kiri atau di kanan lelaki

Walau atas apa alasan sekalipun

Ketuk keegoan mereka

Bangkitkan mereka dari mimpi

Jelaskan dengan amalmu

Bahawa percampuran bukan caranya

Bahawa keseronokan adalah palsu

Bahawa di sini tiada kebahagiaan

Hanya kehancuran


MUSLIMAT,

Inilah jalannya.
Lalu mungkin engkau akan melihat.
Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri,


bilamana sepasang mata menjadi hadiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails