Sunday, April 17, 2011

Terharu




Yang sudah cerita Pagi sampai Tengahari dapatkan langsir, terkini kisah jatuh dan patah kaki. Semacam berentet-rentetan. Kau ni pun, tak kan terbang merentas laut dan padang pasir ke Alexandria untuk dekorasi semata-mata, berpadalah.. tuntut ilmu juga. Dekorasi, kau tahu itu apa?


Baik. Abaikan.
Berangin yang keterlaluan kurang baik untuk tulang, mari elak.




Disorong dalam Hospital Mabroh Assofirah




Terima kasih disematkan pada tanah semaluberduri untuk kalian yang sungguh berjasa ketika susah dan senangnya saya. Terutama di saat kaki berbungkus kemas dan berat. Dengan terpisah saya dari ibubapa, kalian bertindak seperti keluarga. Sudi berbagi ruang walaupun sedang berperang dengan kuliah dan kelas tambahan. Moga Allah SWT senangkan kalian. Terima kasih lagi sekali dan sekali lagi.



///

14hb April 2011

Allahu Rabbi...
setiap tingkah terasa gundah.

Selepas sejadah berwarna tanah saya lipat dan sangkut ditepi, keliling dinding rumah diperhatikan, seperti tidak kena. Kebetulan ruang tamu juga merupakan ruang solat bersama-sama. Mata tertancap segera pada hiasan dinding yang sudah tertanggal menyembah lantai. Saya berkira seusai urusan kendiri, hiasan tersebut akan saya perbaiki dan perapikan.


Jarum pendek jam ke angka 10 malam, saya meminta bantuan Cik Ummu yang merupakan teman serumah bagi membantu kerja saya menampal hiasan dinding. Lantas meja tertinggi menjadi pilihan untuk senang saya gapai aras sebenar hiasan yang telah tertanggal.


Entah mengapa Hati berasa semakin kurang tenang, sambil meneruskan kerja baik pulih dan tampal saya menoleh ke bawah arah Cik Ummu yang sedang giat memutuskan selotep menggunakan pisau yang boleh diselaraskan.


" cik Ummu, panjang sangat mata pisau yang awak guna. Risau jika terjatuh akak, tergadak dengan pisau tu ". Saya suarakan rasa hati.


Matanya sedikit terbuntang, terkejut agaknya.


" Oh! Okay.. Okay Kak ". Laju tindakan Cik Ummu menurunkan kadar mata pisau yang bersinar. Dengan huluran terakhir selotep dari Cik Ummu, saya juga lajukan tangan untuk mencecah hujung hiasan bagi menampal dan selaju itu jugalah saya merasakan semacam jatuh dari bangunan.



Pantas. Memang kejadian pantas.



Terus celik mata yang sememangnya terjaga. Alhamdulillah.
Dan sebetulnya saya telah terembas diatas besi kaki meja. Itu sahaja.


dan inilah keputusan ..



Tuan Doktor kata, patah. Tulang saya patah.


Terus saya diberi pilihan, samada operation atau plaster leg.


Cik Suhana, teman pengiring yang telah awal capai keputusan kerana sesudah saya disorong keluar bilik sinar X-ray hanya beliau sahaja yang dipanggil doktor untuk berbincang.

Selesai operasi meplasterkan kaki, Doktor memberitahu 20hb April saya perlu menghadirkan diri untuk melihat sejauh mana keberkesanan plaster dan tindakan seterusnya akan diberitahu kemudian.



///


Titipan, buah tangan dan pesanan dari kalian menghiburkan.

Tallagah atau peti ais rumah kami, pun sudah dikuasai dengan susu segar dan macam-macam lagi. Antaranya


keju juga, untuk tulang kembali sediakala



antara Pesanan Ringkas diterima juga salah seorang blogger



Melihat teman-teman yang sudi menziarahi cukup mengharukan perasaan. Terima kasih atas segala, mengkhabarkan pengajian di kuliah yang saya tertinggal, malah Ustazah Jehan juga turut memastikan saya dapat mengikuti sepanjang kelas pengajian Syeikh A'laa di Masjid menerusi talian.


Allahu Rabbi.. terima kasih Tuhan dengan nikmat yang Engkau kurniakan.



Mohon pembaca budiman turut sama mendoakan, mungkin doa kalian lebih awal dimakbulkan.
Moga semua urusan kita Allah SWT permudah.


Mudah-mudahan diperkenankan.



Wednesday, April 13, 2011

Pagi sampai Tengahari






Cuaca begitu cerah. Deruan ombak yang memukul pantai seakan beirama. Mana tidaknya, segala yang terbentang mendatangkan kesyahduan, alahai.. Kedudukan bank yang setentang laut Mediterranean tambah mendamaikan.



Alhamdulillah.
Terima kasih kepada mereka yang mengutuskan kiriman.






Dari Sidi Beach saya ke Assofirah. Tanpa ragu terus menuju ke sasaran utama selepas pulang dari lubuk wang. Langkah ke sana adalah kesan dari gagau mencari barang, lantas maju ke Suk untuk segera menyempurnakannya.

Sepanjang dua tahun lepas, Suk tersebut adalah tidak berupa Suk kerana ditebas dan telah dicantas dengan jayanya oleh pihak penguasa tempatan. Kini Suk mula hidup seperti dulu kala selepas peristiwa 25 Januari. SUK atau diterjemahkan ke bahasa bonda kita adalah pasar. Bukan pasar raya sebaliknya pasar-pasar biasa yang semacamnya jalan Tar di Malaysia, eh bukanlah.. macam pasar tani agaknya.

peniaga kekacang

Sekilo harganya LE 2.OO










Laju-laju langkah dilajukan. Orang ramai mula berpusu, makin naik matahari makin ramai manusia mula menghuni. Memenuhi Suk yakni.

Padahal saya ke mari kerana ingin mendapatkan kain langsir rumah yang murah, untuk sampai ke destinasi perlu mengalami kejadian begini. Memang tak mencabarkan langsung padahal berasak yang bukan menakutkan. Kesan cuaca barangkali.


Sebelum jauh penceritaan, biar saya tanya. Ubi apakah ini? terkadangnya rasa ingin menikmatinya dalam cara masakan tanah air namun rasa itu datang tak menentu. Jadi kita abaikan sahaja.




Setelah berjalan kaki dari tepian pantai sehingga dalam lautan bangunan, akhirnya ceruk pasar kelihatan juga. Deretan kedai-kedai langsir yang berjela.


Belum buka lagi mereka ini.


Kebanyakkannya kedai kain langsir hanya sebuah dua sahaja baru menolak geriji. Sudah jadi kebiasaan majoriti peniaga tempatan disini mula beroperasi selepas zuhur. Biapun saya tahu akan kenyataan ini, ia tetap memadamkan semangat mendidih yang terbina sekian lama.


Pilihan terbantut. Keputusan diputuskan dengan memilih apa yang ada walau tak cantik, tak menarik, biarpun tak bombastik asalkan saya membawa pulang sejumlah kain. Ayat monopoli difikiran, sungguh drastik secara tiba-tiba.


Cik Farhana.
Hep, istighfar 3x



Mari kita lihat langsir dari kedai yang sedang membuka geriji.





...

dan pelbagai jenis kain lagi.



Akhirnya tersempurnalah proses pembelian, maka kesimpulannya.

  • Jimatkan perbelanjaan anda dengan merangka sebelumnya.
  • Merancang itu daya kita dan penentuan pula atas kuasa dan rahmat-Nya
  • Bersyukur dengan apa yang ada membuahkan ketenangan
  • Memahami pengorbanan orang sekeliling berdasarkan penghayatan suasana
  • Terima kasih itu bagus walau caranya sedikit senyum atau beserta sedikit angguk
  • Bersungut adalah tidak chantek.

Saturday, April 9, 2011

Jalan Elak Guna ' Tetapi '



Bila saya dengar orang kata ‘tetapi’, saya rasa jengkel. Kemudian saya fikir, sebenarnya saya juga kurang bertanggungjawab kerana tidak berkongsi dengan mereka impak penggunaan ‘tetapi’. Jadi hari ini dengan dorongan dari Tuhan, saya tulis dan kongsikan semuanya. Mudah-mudahan bermanfaat.

Bagaimana mengelak daripada menggunakan perkataan ‘tetapi’ semasa memberi pendapat?

Ini tip dari guru-guru saya:

  1. Buang fikiran mahu mencantas pendapat orang lain
  2. Mulakan dengan “Menarik.”
  3. Gantikan ‘tetapi’ dengan ‘dan’.
  4. Diamkan perkataan ‘tetapi’. Terus cakap sahaja.
  5. Elak mulakan ayat dengan ‘tetapi’.

Contoh mencantas dengan ‘tetapi’:

A: Lagu-lagu Justin Bieber memang sedap. Dia seorang penyanyi yang comel.

B: Tetapi suaranya macam budak perempuan.

Contoh tanpa ‘tetapi’.

A: Lagu-lagu Justin Bieber memang sedap. Dia seorang penyanyi yang comel.

B: Menarik.

Contoh memberi pendapat dengan mencantas:

A: Saya suka jika sistem transportasi awam Malaysia diselaraskan seperti Singapura.

B: Bukan diselaraskan, tetapi diperbaiki.

atau

B: Tak, baiki dahulu.

Contoh tanpa perlu mencantas:

A: Saya suka jika sistem transportasi awam Malaysia diselaraskan seperti Singapura.

B: Bagus juga kalau semuanya diperbaiki dahulu.

Contoh mencantas dengan pantas, menggunakan ‘tetapi’ di permulaan ayat (1)

A: Kita mesti menulis novel dalam bahasa pasar kerana ia digunapakai dalam realiti. Pembaca lebih suka.

B: Tetapi, bahasa pasar hanya akan merosakkan penggunaan bahasa di kalangan murid.

Contoh mencantas dengan halus dan kedengaran hebat (1):

A: Kita mesti menulis novel dalam bahasa pasar kerana ia digunapakai dalam realiti. Pembaca lebih suka.

B: Saya berpendapat, Bahasa Melayu Tinggi sesuai kerana kita dapat mendidik murid secara halus melalui pembacaan novel.

Contoh mencantas dengan pantas, menggunakan ‘tetapi’ di permulaan ayat (2):

A: Wanita lebih baik duduk di rumah, daripada keluar bekerja.

B: Tetapi, tidak ada ayat Quran atau hadis yang melarang wanita keluar bekerja.

Contoh mencantas dengan halus dan kedengaran hebat (2):

A: Wanita lebih baik duduk di rumah, daripada keluar bekerja.

B: Tidak ada ayat Quran atau hadis yang melarang wanita keluar bekerja.

Mencantas diri sendiri lebih parah.

Contoh mencantas diri sendiri:

“Saya mahu jadi kaya raya dalam lima tahun lagi, tetapi saya tidak tahu bagaimana caranya.”

Contoh tidak mencantas diri sendiri:

“Saya mahu jadi kaya raya dalam lima tahun lagi, dan saya akan terus berusaha!”

Penggunaan ‘tetapi’… saya ibaratkan seperti ini; menghulurkan sepinggan makanan kepada orang miskin, kemudian menterbalikkan pinggan itu semasa dia mahu menyambutnya.

Boleh bayangkan dan rasa perasaan orang miskin itu?

Pendapat tidak ada yang betul atau salah, dan tidak perlu dipersetujui. Hanya perlu dihormati.



SUMBER: KLIK SINI


Thursday, April 7, 2011

Ternanti-nanti munculnya



Khamis hari ini.
Lalu Jumaatlah keEsokannya yang bakal tiba...






Tak tertangung rasa menunggu.

Bagai mahu hari-hari cepat berlari. Tahukah kenapa ditimpa perasaan begitu? Sungguh betul bilang jam kini, padahal setiap hari kan berputar dalam lingkungan waktu yang sama. Statiklah. Tak perlu pun kira-kira.



Insya Allah esok kami akan bertentang mata, berdepan melihat sesama dan bertanya khabar secara langsung juga. Mahu tahu kenapa? Cik Farhana mengalami simpton biasa yang di lalui oleh orang dulu kala. Tak percaya juga! pergi buka buka sejarah, tengok. Ada.



Pernah 1 ketika, dahulunya bila dengar berita akan ada jumpa-jumpa terus ditimpa rasa tak sihat. Demamlah, ada kerja extra dari pensyarah kononnya dan macam-macam yang tak tercapai dek akal pun ada. Tapi kini berlawanan sungguh dari kisah lama dan asyik tertengok kalendar kerana sememang tak boleh sabar tunggu ingin berjumpa. Mahu tahu enggak kenapa?


Usrah
.Bertemu dengan mereka seperti ahli keluarga.




Pertama: Aku Pencinta Baginda Nabi SAW
Jujur saya beritahu, saya tak tersenarai dalam pengemar Usrah atau Liqo, tapi itu adalah cerita lama. Seorang teman telah datang menKetuk hati saya dengan katanya, " Usrah itukan adalah Baginda Nabi SAW yang perkenalkan, Nabi SAW yang popularkan. Makna kata Nabi SAW punya cara'' . Ha! jadi, mahu apa lagi? kan itu orang di cintai buat, mestilah rasa nak tiru bulat-bulat.


Kedua: Cara mengukur kemampuan
Mengaku ingin berjuang untuk agama dan negara tapi kalau setakat 12 orang ahli usrah pun tak terjaga, tidak mahu untuk tahu khabar mereka. Itu berangan namanya. Baik tanam jagung. Eh, saya suka airnya. Tetiba. Jagung tak bersalah okay, bahkan boleh dapat pahala jika niat untuk sampaikan nikmat pada generasi seterusnya.


Ketiga: Melatih dan mengasah diri
Kau akan berdepan dengan masyarakat, paling tidak dengan kaum kerabat. Apakah kau boleh tenang bila ahli terdekatmu bangga melakukan larangan Tuhan? Bila ditanya, sedia untuk menjawab. BerUsrahlah kerana ia mampu mengasak diri mengetahui hukum Tuhan, ajakan baginda Nabi, tentang semasa penduduk dunia dan macam-macam ada. Secara tidak langsung boleh berfikir di luar BOX, jadinya sentiasa sedia berdepan segala suasana insya Allah.


Keempat: Melahirkan Aktivis, Ulama penggerak dan sebagainya
Kerja ini, kerja menyampai dan menerima. Saling bertukar maklumat makin cerdik pandai ahli-ahlinya. Perlu dipupuk suasana Usrah agar hikmahnya dapat dinikmati semua.


Kelima: Memanjangkan silaturrahim
Perhubungan erat akan tercapai biarpun antara ahli Usrah penjawat apa sahaja. Jangankan doktor, pensyarah, Ulama, tentera, guru sesiapa sahaja layak menyertai cara Baginda Nabi SAW ini. Kerana Allah berhimpun, berpisahnya mengusik rasa.




//


Sebenarnya banyak lagi yang boleh diperolehi dari Usrah namun itulah penyebab kuat yang menolak jiwa saya untuk tak tertahan menunggu Jumaat tiba kerana hari itulah kami berjumpa untuk BErUsrah dan..


Cik Farhana,

Sila lah untuk berfikir 10 tahun akan datang, 20 tahun, 30 tahun, 100 tahun apakah kau ingin melihat generasimu nasibnya sama. BerUsrahlah! jadikan ia wasilah atau jalan untuk mencorak anak-anak yang akan tiba. Mungkin ujian untuk mereka nanti lebih hebat dan dahsyat. Sekurang-kurangnya cerita ini boleh jentik sedikit hati manusia kini.


Sia-sia hidup tanpa tinggalkan apa yang berguna sebagai saham ke negeri Kekal di sana. Na'uzubillah.



Tak tahu ketibaan MAUT menjemput. Inilah antara langkah pertama untuk lihat semua berbahagia lebih-lebih lagi untuk generasi seterusnya.



Tuesday, April 5, 2011

Untuk Sarawak



Waris Rosli Dhobi seru rakyat Sarawak buat perubahan





" Rakyat Sarawak kena berani buat perubahan. kita dah sekian lama berada di bawah pemerintahan BN tetapi situasinya tetap sama & kadang kala lebih teruk dari kita di zaman penjajahan Inggeris dulu.

Kena buat perubahan, kena berani untuk buat perubahan. kita tak boleh hidup macam dulu & sekarang sampai bila-bila. ini tanah tumpah darah kita, tanah warisan datuk, nenek, moyang kita & akan kita warisi pada anak, cucu, cicit kita tapi kita tak patut mewariskan kesusahan pada generasi akan datang.

Generasi selepas ini patut diberi kehidupan yang lebih baik dari sekarang sebab kita bukan lagi dijajah, negeri ini mesti ditadbir oleh mereka yang lebih bertanggungjawab dari yang ada sekarang.

Cukuplah kita dijajajah oleh orang asing kemudian dijajah pula oleh bangsa kita sendiri, rakyat Sarawak mesti berani buat perubahan demi masa depan generasi akan datang. generasi akan datang buakn orang lain tetapi mereka adalah anak, cucu kita sendiri.

Berikan mereka kehidupan yang lebih baik dari kita, kena berani dalam hal ini sebab kalau kita tak berani, seolahnya kita memberi beban kepada anak, cucu kita. itu bukan tugas kita, itu bukan tanggungjawab kita.

Tanggungjawab kita ialah memberi kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang. selagi ada hayat, kita usaha untuk berubah, kena berani."

Link ASAL

//



kenal siapa Rosli Dhobi ?

Sedutan dari filem sejarah yang mampu mengalirkan air mata.



TEKAN SINI untuk tahu lagi tentang Rosli Dhobi.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails