" Allah tengok usaha kita.tenang
Selebihnya serah pada Allah.
Doa sampai nangis. Usaha sampai habis!" :)
(via- alfaroqiah)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semaluberduri, apakah itu nama pena kamu?
Benar. Ia telah pun saya guna lebih sedekad. Walaubagaimanapun, mutakhir ini nama tersebut kerap jua terihat dialam maya yang bukanpun saya.
Benar. Ia telah pun saya guna lebih sedekad. Walaubagaimanapun, mutakhir ini nama tersebut kerap jua terihat dialam maya yang bukanpun saya.
Kenapa mesti semaluberduri? Pada mata saya yang dangkal ilmu ini, semalu dinisbahkan pada pohon yang sifatnya malu lantas dikaitkan sifat semulajadi wanita. Saya bermoga dapat menitip ibrah darinya dalam kehidupan untuk menuju ke negeri abadi.
Kaitan apa di Internet? Tergantung keperluan saya disini. Perkongsian indah cuba saya tampalkan disini samada berbentuk gambar, kata-kata mahupun rakaman visual. Jujurnya, sini atau alam nyata medan dakwah kita tetap sama. Dan mungkin momen-momen asli terus dari hari-hari saya akan berpasak disini juga :)
Nama asal Semaluberduri? Nur Farhana binti Mokhtar
Aktiviti semaluberduri yang jadi kegemaran? selain mengedit gambar yang sendiri tangkap, membaca dan masak-masak malah berdekorasi, mengolah ayat jua menyusun atur warna adalah mengingati mati :)
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS, Al-Munafiqun, 63:11)
Pesanan semaluberduri? ingatkanku jua kamu.. dan senyumlah. Senyumkan sunnah
No comments:
Post a Comment