Monday, March 24, 2014

Ya Badrotim, wahai Purnama

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata


Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...
Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...

Terangi kegelapan dan kebatilan...

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...
Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...

Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan...

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya...(2 kali)
Siang dan malam jua...(2 kali)

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu...(2 kali)
Mereka yang istimewa dan amat sempurna...

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Ya badrotim,Ya badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'ab,Madza yu'ab
Bir'an 'ulaa kamaqalii

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata


Dari  Athirah

Monday, September 23, 2013

Tut-tut Kaherah

Pagi-pagi lagi susun jadual. Jadual kemana dan berapa lama masa harus diperuntukkan.


Terima kasih pada kak Ahsan kerana sudi luangkan sehari lagi di Cairo. Hari yang penting, hari ini. Sebenarnya semua hari adalah hari-hari penting. Cuma hari ini hari pertama saya mula berkhidmat untuk Adabuna. Moga-moga disana ada pulangan kekal. Amin.


Ada cerita yang mahu saya kongsi. Cerita-cerita biasa namun berMoga ada yang tahu menilainya.


Petang semalam,iaitu hari ketiga kami di sini.

Ketika ingin pulang ke rumah negeri terengganu, saya dan kak Ahsan naik tut-tut. Dekat sahaja dari Gami'. Kebetulan ternampak tut-tut terus saya tahan pemandunya.

 Teringat suasana Alexandria. Kian bertambah bilangan tut-tut hari ke hari, itu yang bersemangat benar kami untuk naik tut-tut.

er.. harap nama kenderaan tersebut difahami kalian ya.

Dalam pada jarak perjalanan yang dekat itu, pemandunya cuba berbasi-basi dengan kami.



Arab: " Dari negara mana kalian berasal?"


" Kami dari Malaysia ". Saya jawab penuh perasaan tahu! hee.. sebabnya rindu tanah air


Pemandu Arab: " Mumkin am laisa ana tazawaj ma'a malizi?" maknanya lebih kurang boleh atau tidak aku kahwini orang Malaysia?


"Kenapa ingin pilih orang Malaysia, orang Mesir kan ramai". Apa kenalah tok arab ni.. kami berbisik sendiri

Pemandu Arab
: "Aku lebih suka melihat pelajar-pelajar Malaysia yang berada disini. Mereka menjaga batasan aurat. Mereka mengetahui hukum-hukum Tuhan. Mereka juga menjaga solat."


Kami: " Terima kasih diatas pujian kepada warga Malaysia disini." 


Tersenyum-senyum jugalah kita kan. Kan kak Ahsan kan.

"Sebenarnya Encik, wanita Mesir juga sama. Bahkan lebih lagi. Mereka juga hebat beribadah, taat pada perintah Tuhan. Serta fasih bahasa al Quran". Tambah saya. 


"Apakah aku ini sesuai atau tidak untuk orang Malaysia?" Arab tersebut mengulangi.

"Encik, kebanyakan warga Malaysia lebih cenderung pada bangsanya, walaubagaimanapun mungkin ada. Moga Allah temukan Encik dengan orang baik-baik. Insyallah."  Cepat-cepat saya jawab dengan rasa macam tak berapa nak kena. 
. 

Mujur sudah dihadapan bangunan rumah negeri.



Soalan tadi rupa-rupanya kami dapat naik free. Alhmdulillah.

Moga Tuan tut-tut murah rezeki.




Thursday, September 5, 2013

Mesir I Penentangan secara damai.



Kenapa rakyat Mesir menentang pemerintahan tentera?


Kerana pemerintahan tentera bertentangan dengan dasar politik demokrasi. Ketenteraan adalah berkaitan mendengar arahan, kerahsiaan, membunuh musuh, dan penyelesaian hanya dengan kekerasan.

Adapun politik polisinya adalah dengan cara 'silmiah'. Penyelesaian cara damai, perbincangan, dialog, berdebat, dan akhirnya keputusan ditangan rakyat.

Campur tangan tentera dalam pemerintahan membawa keburukan kepada tentera dan sistem politik demokrasi.

Apabila tentera sibuk dengan politik, maka pertahanan negara terdedah kepada bahaya. Sistem demokrasi akan cacat, dan pemerintah tentera akan menjadi diktator.

Pemerintahan tentera telah merampas keaman, kebebasan dan kehormatan rakyat. Tiga unsur ini adalah rukun utama kehidupan manusia. Dengan demikian adalah wajib menjatuhkan pemerintahan tentera.

Kenapa hanya turun menentang tentera di jalanraya?
Penentangan ke atas tentera secara 'silmiah' atau secara damai lebih dekat/tepat dengan syara, akal atau realiti.

Dari segi syara supaya tidak berlaku fitnah dan huru hara perbunuhan sesama orang Islam dan sesama rakyat
Mesir. Menahan diri dari mengangkat senjata menjauhkan masyarakat dari fitnah. Bahkan pihak tentera, polis, dan samseng upahan yang mengangkat senjata menentang penunjuk perasaan aman dikira berdosa. Rakyat yang dibunuh oleh pemerintah dikira sebagai syahid.

Dari logik akal atau realiti terbukti penentangan secara damai lebih menguntungkan dan lebih sedikit mudharat berbanding dengan mengangkat senjata. Tiada kemusnahan harta benda awam dan tiada pertumpahan darah.

Yang penting, Penentangan wajib diteruskan.
Dan penentangan itu mestilah dengan cara damai dan aman. Oleh yang demikian, wajib turun jalanraya dan meneruskan mogok awam serta mempelbagaikan tektikal penentangan yang boleh mengelakkan pertumpahan darah semampu mungkin.

Kenapa dikira sebagai kewajipan agama, negara dan kemanusian?
Kerana Agama mengajar kita memuliakan dan memelihara hak asasi semua manusia, iaitulah keamanan, kebebasan dan kehormatan. Dan sebagai rakyat, mestilah membebaskan negara dari pemerintah yang zalim dan kejam. Sebagai manusia, wajib mempertahankan hak dan mempunya sifat prikemanusian apabila ramai rakyat dibunuh, diseksa, dibakar, ditangkap dan sebagainya.

Apa peranan kita?
1. Mengambil tahu umat Islam yang ditindas dan dizalimi, kerana mereka adalah saudara kita seagama biarpun berlainan bangsa dan negara. Dan bagaimana perancangan musuh Islam sedunia berpakat menjatuhkan kerajaan Mursi.

2. Mengikuti perkembangan perjuangan rakyat Mesir bagaimana mereka berhadapan dengan pemerintah yang zalim dengan cara damai walaupun mereka dibunuh, ditangkap dan diseksa. Mereka mengajar dunia erti perjuangan dan kesabaran.

3. Membantu mereka sekadar mampu dan berstrategi. Antaranya adalah

- sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa yang syahid, cedera, atau bantuan perubatan.

- menyebarkan maklumat yang tepat tentang isu di Mesir, rakyat yang menentang tentera bukan pemberontak, dan Sisi adalah sekutu Israel dan Amerika yang berusaha menghancurkan Islam.

- sentiasa berdoa dan bermunajat semoga Allah kurniakan kemenangan kepada umat Islam di seluruh dunia khususnya negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syria, Burma, Palestin dan lain-lain.





Link asal klik SINI

Monday, January 14, 2013

I LOVE YOU

" After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman out to dinner and a movie.
 She said, “I love you, but I know this other woman loves you and would love to spend some time with you.”

The other woman that my wife wanted me to visit was my MOTHER, who has been a widow for 19 years, but the demands of my work and my three children had made it possible to visit her only occasionally.That night I called to invite her to go out for dinner and a movie.

“What’s wrong, are you well?” she asked. My mother is the type of woman who suspects that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad news.

 “I thought that it would be pleasant to spend some time with you,” I responded. “Just the two of us.”

She thought about it for a moment, and then said, “I would like that very much.”

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit nervous. When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed to be nervous about our date. She waited in the door with her coat on. She was wearing the dress that she had worn to celebrate her last wedding anniversary. She smiled from a face that was as radiant as an angel’s.

 “I told my friends that I was going to go out with my son, and they were impressed, “she said, as she got into the car. “They can’t wait to hear about our meeting.”

We went to a restaurant that, although not elegant, was very nice and cozy. My mother took my arm as if she were the First Lady. After we sat down, I had to read the menu. Her eyes could only read large print. Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mom sitting there staring at me. A nostalgic smile was on her lips.

“It was I who used to have to read the menu when you were small,” she said.

 “Then it’s time that you relax and let me return the favor,” I responded.

During the dinner, we had an agreeable conversation – nothing extraordinary but catching up on recent events of each other’s life. We talked so much that we missed the movie.

 As we arrived at her house later, she said, “I’ll go out with you again, but only if you let me invite you.”

 I agreed.

 “How was your dinner date?” asked my wife when I got home.

 “Very nice. Much more so than I could have imagined,” I answered.

 A few days later, my mother died of a massive heart attack. It happened so suddenly that I didn’t have a chance to do anything for her. Some time later, I received an envelope with a copy of a restaurant receipt from the same place mother and I had dined.

 An attached note said: “I paid this bill in advance. I wasn’t sure that I could be there; but nevertheless, I paid for two plates – one for you and the other for your wife. You will never know what that night meant for me. I love you, son.”

 At that moment, I understood the importance of saying in time: “I LOVE YOU” and to give our loved ones the time that they deserve. Nothing in life is more important than your family. Give them the time they deserve, because these things cannot be put off till “some other time.”

 May Allah (SWT) bless our mothers and fathers, Ameen!
 - Sheikh Khalid Yasin


Friday, July 27, 2012

Apa Yang Saya Belajar Daripada ARTIS Dan ATLET



Ada dua perkara yang saya belajar daripada golongan karyawan.
Pertama adalah FOKUS.
Kedua adalah PENGHAYATAN.
Seorang pelakon apabila membaca skrip lakonannya, dia membaca dengan begitu fokus dan penuh penghayatan. Usaha untuk menguasai watak lakonan di dalam skrip, membolehkan seorang gadis clubbing melakonkan watak ustazah hingga kelihatan lebih ustazah daripada ustazah. Mereka membaca dengan khusyuk, sanggup menguruskan badan atau menggemukkannya untuk melakonkan watak yang diberi.
Impak membaca seorang pelakon, lebih dahsyat berbanding impak membaca seorang pelajar Syariah di dalam kuliah universiti jam 8 paginya!
ATLET OLIMPIK
Apa yang saya belajar daripada seorang ATLET OLIMPIK?
Petikan KOSMO! ONLINE bertarikh 27 Julai 2012 menjelaskannya:
“…Menyentuh soal disiplin pula, perkara ini sangat penting untuk jadi seorang juara. Makan tak boleh seperti orang biasa, tidur tak boleh macam orang biasa. Untuk jadi seorang juara dunia, pelumba kita mesti lakukan perkara yang berbeza dengan orang lain. Kalau mereka lihat, orang biasa tidur pukul 12 tengah malam, mereka pun nak tidur pukul 12 tengah malam, kalau mereka lihat orang makan di kedai mamak, mereka pun nak makan di kedai mamak.
Kalau mereka buat perkara yang sama seperti orang biasa, mereka tak mungkin jadi juara dunia. Kalau mereka nak jadi juara, mereka mesti lakukan perkara yang luar biasa. Kalau nak jadi 10 pelumba terbaik di dunia, mereka mesti lakukan perkara yang luar biasa daripada orang lain. Jika mereka sekadar nak berkayuh di kampung, mereka boleh minum teh tarik dan roti canai. Pengorbanan itu sangat penting kalau mahu berjaya. Mereka tak boleh bersuka ria seperti orang biasa.
Kalau mereka dah sanggup berkorban, barulah kita boleh bercerita soal mahu jadi juara dunia…”
KUALITI JUARA
Kualiti fokus, bekerja keras, disiplin itu jugalah kualiti yang diperlukan untuk menjadi JUARA AKHIRAT.
SYURGA FIRDAUSI hanya menerima keahilan orang-orang hebat.
Kehebatan kualiti itu saya tidak belajar daripada AGAMAWAN yang hanya BERCAKAP. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk merendahkan diri di hadapan golongan-golongan tersebut. Jika saya seorang ustaz dan mahu berdakwah kepada masyarakat, juga kepada golongan KARYAWAN dan ATLET, cara terbaik untuk mengajar mereka ialah belajar daripada mereka, terlebih dahulu.
Sebab itu saya teruja dengan Olimpik London 2012.
Saya tidak peduli kepada sejarah Olimpik.
Saya tidak nampak gangguan berita penyebaran kondom kepada atlet seperti yang 
diwar-warkan media.
Saya hanya nampak wajah-wajah juara.
Nor Suryani Mohamad Taibi - foto kredit http://i.telegraph.co.uk/
Saya nampak Penembak Negara, Nur Suryani Mohamad Taibi yang merupakan seorang ibu, sedang sarat mengandung lapan bulan, mengejar Pingat Emas, dengan penuh keyakinan.
Beliau menjadi wanita paling sarat mengandung dalam sejarah penyertaan Olimpik dunia!
 
Azizulhasni Awang. Foto kredit http://www.baikbike.com/
Saya nampak Pelumba Basikal Negara, Azizulhasni Awang  yang semenjak Tingkatan Tiga, menolak tiga tawaran MRSM dan Sekolah Sains, masuk ke Sekolah Sukan Negara Bukit Jalil kerana sangat jelas apa yang beliau mahu. Cita-cita asal untuk menjadi seorang doktor, diketepikan kerana fokus serta komited dengan cita-citanya menjadi Juara Lumba Basikal Dunia.
Dan Pocketrocketman, pada usia 24 tahun sudah pun bergelar Juara Dunia.
Demikian juga dengan Dato’ Lee Chong Wei (Badminton), Josiah Ng (Lumba Basikal) dan lain-lain.
TERBAIK, KEKAL TERBAIK
Semuanya mengingatkan saya kepada perbualan yang berlaku di antara Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersama para sahabat:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قِيلَ : ” يا رَسُولَ اللَّهِ ، أَيُّ النَّاسِ أَكْرَمُ ؟ قَالَ : أَكْرَمُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاهُمْ . قَالُوا : لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ : فَعَنْ مَعَادِنِ الْعَرَبِ تَسْأَلُونَنِي ؟ قَالُوا : نَعَمْ . قَالَ : خِيَارُكُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُكُمْ فِي الإِسْلامِ إِذَا فَقِهُوا 
Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.” 
[muttafaq 'alayhi]
Yang terbaik akan terus kekal yang terbaik, apabila mereka benar-benar memahami Syariat Islam.
Sebab itu saya amat bersungguh, apabila atlet negara menghubungi saya bertanyakan garis panduan berpuasa semasa Olimpik musim panas di Kota London.
Isunya bukan sekadar hukum Fiqh.
Isunya ialah daripada soalan Fiqh itu saya mahu memotivasikan mereka.
Kerana mereka telah terdahulu amat memotivasikan diri saya!
SEERU ‘ALAA BARAKATILLAAH!
Perkongsian dari Blog www.saifulislam.com

Saturday, June 16, 2012

Lirik Selawat Ya Hana Na



Jujur, selepas menikmati lantunan Selawat ini..jadi ketagihan.



Ini antara salah satu pujian untuk Baginda Nabi. 


Judulnya Ya Hana Na 



KURANG LEBIH ERTINYA:


" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails