Tuesday, November 30, 2010

Doa dari Hadis



Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian


LInk asal klik SINI

FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh

  • 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.

  • 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

  • 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

  • 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.

  • 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

  • 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

  • 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain

    lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

  • 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.

  • 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

  • 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.

  • 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.

  • 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.



  • Sunday, November 28, 2010

    patutkah cikgu?







    Arena pendidikan tak sunyi daripada pelbagai isu yang mengejutkan dunia, yang membuatkan kita menggeleng kepala, yang membuatkan kita beristighfar tanpa kita sedar.

    Dikejutkan dengan Fenomena video miming Cikgu Shida. Penyokong cikgu tersebut melebihi angka 10,000 di laman Facebook. Apa tanda semua tu? Penyokong cikgu shida menyokong pembikinan video miming tersebut dengan memberikan alasan, guru seharusnya menjadi pencetus kreativiti murid. Soal saya, adakah video tersebut membantu proses pengajaran dan pembelajaran beliau? Video tersebut disajikan untuk tontonan siapa?

    Ramai yang terhibur, artis bagai. Status views kat Youtube boleh mengalahkan Siti Nurhalizakot kalau diselaraskan masa mula-mula video dimuatnaik. Tak cukup dengan laman Youtube, tersebar pula di Facebook. Kat sinilah muncul pelbagai suara. Sejujurnya, kita tak suka title 'cikgu' itu dicemuh. Kalau Cik Shida dah sememangnya artis atau menjawat jawatan lain selain guru, rasanya situasi yang kita tempuh pada hari ini adalah berbeza.

    Cikgu Shida adalah seorang guru. Melalui sudut pandangan saya; saya kira cikgu tersebut dihentam hebat kerana beliau membawa imej seorang guru dan perbuatannya itu dilihat seolah-oleh mencemarkan imej dunia pendidikan. Seorang guru seharusnya menjaga kesopanan dan memberikan teladan yang terbaik buat anak didik, bukan mencabar murid dengan sesuatu yang saya kira tidak bermanfaat. - edited post from - here

    Video miming cikgu shida boleh dilihat di SINI

    Facebook di SINI


    Firman Allah SWT :
    Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [7:179]



    sumber klik sini

    Thursday, November 25, 2010

    Dari mata turun ke hati



    Baru-baru ini, saya ada bertemu dengan seorang teman lama. Lama yang bersandar pada perkataan teman tersebut adalah bermakna sudah lama benar saya tidak bertentang muka dengannya dan memang agak lama pada kiraan saya, 2 tahun yang lepas. Kali terakhir saya bersua dengannya ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Kaherah.

    Walaubagaimanapun, pertemuaan kali ini tidaklah juga bertentang muka, sebabnya kami hanya bertemu di alam maya. Dipendekkan cerita, dia saya panggil Kak Aini. Orangnya begitu pemurah dengan senyuman, begitu dermawaan, begitu periang macam kanak-kanak girang dan kekadang begitu garang OPss.. tak sengaja kak Aini namun kak Aini begitu sangat-sangat baik hati.

    Ini bukan proses memPromosi siapa-siapa ya tetapi saya sedang membudayakan kamu dengan acara-acara kebaikan.


    Baik.
    Kak Aini adalah salah seorang dari senior-senior ketika kali pertama saya tiba di Alexandria. Jika kamu mahu baca cerita dulu kala saya bersama dia boleh singgah di sini dan yang menguntungkan perasaan saya tika itu adalah kerana Kak Aini juga merupakan salah seorang penyewa bait Syaqaiqun Nu'man. Kata nama yang berulang lagi. Syaqaiqun Nu'man. Itulah nama rumah kami di negara padang pasir ini. Tidak bagus ulang banyak kali, bak kata seorang kawan macam otak gred B. OK. Jika kamu masih tak percaya lagi boleh juga klik sini untuk puaskan hati.


    Saya dan Kak Aini memang kamcing bak kata bebudak sekarang, masakan tidak jika saya tersilap kata berkata atau mengata kata atau berkata-kata, pasti dengan sebegitu pantas Kak Aini akan bersuara yang mana bunyinya begini,

    " Ko, istighfar 3 x sekarang!"



    Baik. Itu baru mukaddimah cerita.


    Semenjak dua menjak ini saya diuji dengan pelbagai perkara asas di bumi padang pasir. Sama sekali saya tidak mensalahkan ujian. Hal yang tak lari dari kehidupan. Pokok pangkal cara kita berhadapan dan yang penting tanamkan dalam fikiran


    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

    (Surah Al-Baqarah, ayat 286)



    Ingin saya kongsi serba dua kata dari Kak Aini, tempoh hari yang telah pinjamkan saya ketabahan. Katanya:


    Dik,
    • Kita sebagai hamba Allah, kena sentiasa menjaga hati dan perasaan sendiri.. dan kita perlu jaga hati orang lain juga. Bila mana kita menjaga hati orang atau raikan dia, Insya-Allah segala urusan kita menjadi senang (selagi tidak bertentang dengan kehendak syariat-Nya).

    • Bahagia melihat kesenangan dan kegembiraan orang lain walaupun terpaksa bekorban. Insya-Allah senang segala urusan, yang utamanya ikhlaskan niat.

    • Banyakkan selawat dan istighfar bila tak puas hati dengan orang lain. Kalau marah dan benci tengok mukanya disebabkan perbuatan dia, sedekahkan Al-Fatihah padanya. Baca awal ayat dari surah Toha. Mudah-mudahan lembut hati. Insya-Allah

    • Lagi 1, Senyum. Senyum penawar segala.


    Kak Aini sambung menaip lagi tanpa sempat saya menTest dan mengaplikasikan senyum-senyum sendiri. Saya tahu ok. Kak Aini tengah taip lagi di kotak ym tulis nur illahi writing.. hehe

    • Tak rugi keluarkan air mata untuk hapuskan kesengsaraan, sebab itu semua akan buat kita lebih kuat semangat. Insya-Allah.

    Sungguh-sungguh tika saya baca rangkap tersebut berjujuran air mata, entah kenapa saya tak jumpa jalan penyelesaian yang ini. Sekurang-kurangnya cuba untuk mengurangkan. Apa pun setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi.


    Pendam dan peram perasaan ibarat membiarkan luka jadi bernanah.


    Terima Kasih ya Allah kenalkan saya dengan Kak Aini.


    Kalian yang sedang mengeja dan membaca dalam hati,

    Tolonglah untuk tidak berbangga dengan kenyataan 'Menangis itu lambang kelemahan'. Statement yang sangat-sangat memualkan! Saya suka jika kenyataan itu diletakan pada tempatnya. Kamu tahu atau tidak tahu atau buat-buat tak tahu biar saya peringatkan.

    " Jika menangis dengan kepiluan hati kerana Allah, cintakan Dia, rindukan Dia, agungkan Dia mata kamu tak di sentuh api neraka! "


    dari mata turun ke hati
    Baik. Mari kita ber Istighfar sekarang








    Tuesday, November 16, 2010

    Buat Kamu







    Kamulah,
    kepada kamu yang seakidah dengan aku.


    Aku sedang tulis sesuatu buat kamu dan kamu mengerti maksud itu. Kamu yang sedia tahu dan selalu pura-pura tidak tahu. Entahkan kamu lupa, atau kamu yang sengaja menghilangkannya dari kepalamu bahkan dari dalam hati kamu. Kamu injak-injak tentang itu macam tidak pernah berlaku!

    Pura-pura tidak tahu konon. Mengjengkelkan tahu! Sungguh. Aku benci lihat kamu.


    Hilangkan APA kamu tanya aku?


    Biar aku tolong lagi kamu. Aku takut melihat kamu. Benci aku dengan perbuatan kamu. Ingatkan kamu, benci aku terhadap mu bukan benci melulu. Kamu juga perlu tahu bahawa benci yang ada padaku terhadapmu kerana aku sayang kan kamu.



    Kamu yang pernah tahu erti malu. Kamu yang tahu hargai maruahmu.


    Kini...
    Kenapa dengan kamu!
    Mana hilangnya semua itu?
    Inikah kamu?



    Aku tak mahu kamu seperti ini. Aku rindukan kamu yang dulu.



    Kamu yang tak segan silu.. Dahulu kamu tak seperti ini atau aku yang tak pernah tahu?


    ya Allah.
    Aku benar-benar rindu pada temanku.. yang dahulunya tahu apa erti malu. Malu pada Tuhan yang Satu. Bantulah dia.. kembalikan dia pada jalan-Mu. Tetapkan imannya kukuhkan jiwanya. Agar dia sentiasa tahu.. Hanya pada-Mu segala-galanya dicipta dan dikembalikan.




    Jagalah aurat kamu. Peliharalah diri kamu. Lindungilah diri kamu dari azab-Nya yang penuh seksa.

    Aku benar-benar sayangkan kamu.


    Aku janji dengan kamu, andai nyawaku masih dijasad disaat kamu kembali menjadi muslimah yang aku kenal dahulu. Entri ini aku hapuskan. Insyallah. Aku janji dan aku sentiasa nantikan saat itu.


    Jika aku, kamu lihat tak bertepatan dengan aturan Tuhan tegurlah aku kerana aku tahu kamu sayangkan aku.



    Temanmu,
    Semaluberduri.


    Monday, November 8, 2010

    Bukan bertelagah



    Itu tallagah.
    Tallagah perkataan ammi, bahasa pasar. Dalam bahasa Arab yang sebetulnya dipanggil Sallajah.

    Bahasa mudah kita, adalah seperti yang kalian sedang lihat. Jika saya tulis juga apa makna tallagah rasa seperti bazir tenaga. Eh, tak. Tak.


    Ingatkan kamu,
    Taip menaip atau tulis menulis sama sekali tidak membazirkan masa. Lebih-lebih lagi jika faktornya untuk ibadah. Kumpul rewards tahu. Kita boleh dapatkan ia di akhirat kelak. Jadi marilah kita meramaikan golongan yang suka membaca. Ish. Cik Farhana terang apa ini. Takpalah. Moga kamu yang sedang membaca ada sedikit faham pun jadilah. Bersyukur saya.

    Tallagah kata seertinya peti ais. Titik.

    Baik. Kembali ke pangkal cerita.



    Syaqaiqun Nu'man, iaitu nama rumah kami menghadapi sedikit ujian. Ujian dunia sahaja. Kesannya tersiar di tanah ini. Mana tidaknya tallagah kami tidak berfungsi hampir 3 bulan. Wah. Hebat. Masih bernyawa warga rumah.


    Memandangkan di negara Padang pasir kini dijengahi oleh cuaca sejuk yang belum tahap sejuk beku agak menyelamatkan keadaan.

    Saya dan Nurul Husna, merangkap musyrifah rumah mulakan operasi mencari tallagah. Kami mencarinya di sekitar kawasan yang ditempatkan tallagah-tallagah.

    Senarai tempat yang kami tandakan untuk operasi termasuklah di Mandarah, Suk Syerif, Victoria dan Mansyia.

    Sedikit penjelasan mengenai operasi. Kami cuma mencari harga termurah dan yang berkualiti. Memandangkan status pelajar yang kami sandang dan biarlah manfaat tallagah dapat dinikmati berzaman kerana sementalah sesi pengajian kami selesai akan ada lagi pelajar-pelajar yang mewarisi pengajian berkat ini maka khidmat tallagah ini akan berterusan. Ini menyebabkan kami lebih berpijak dibumi yang nyata untuk meneruskan operasi.


    Di salah satu kedai-kedai yang menempatkan tallagah, kami cuba berunding mengenai harga. Harga yang buat air liur tersangkut melepasi trakea. Itu baru tallagah yang biasa-biasa. Bukan yang terpapar kat atas nu..


    Pengangkutan dari Victoria kami ke San stefano


    Berkerut juga. Kebanyakkan tallagah mencecah jumlah Le 2000.






    Cari-cari. Mana kawasan elektrik.


    "Balik nanti kita pecah tabung". Hehe. Itu ayat tak menahan. Memang ayat untuk pujuk diri, sebabnya tallagah memang keperluan untuk menampung warga Syaqaiqun Nu'man dan tabung? tabung adalah tiada. Tahu.



    Lagi kesan untuk hiburkan hati,
    Nurin dan Adah. Cikgu betul-betul teringat kamu.



    Jika pembaca budiman terasa ingin menambah saham akhirat, memudahkan kami pelajar di kejauhan tanah air boleh Email ;

    dunia_misk@yahoo.com.my atau

    salur terus ke akaun

    HSBC no : 01138387025
    Nur Farhana binti Mokhtar.

    Sunday, November 7, 2010

    Cintaku tertinggal di Malaysia

    Tamak!



    Ada apa dengan tamak-tamak ni Cik Farhana. Biar waras dahulu. Tarik nafas dalam-dalam.
    Hembus perlahan seterusnya lepas. Bebas.


    Baik,

    Kita mulakan dengan paparan dahulu,








    Cinta saya ada pada mereka namun saya tinggalkan.

    Merelakan diri untuk pergi.. Bagaikan seorang pejuang. BERJUANG? Kedengaran nada getar di situ.

    Ya. Antaranya saya tinggalkan mereka untuk negara dan saya akan kembali untuk negara juga dan di sana teramatlah saya berMoga dapat membantu apa yang mendirikan dan meneguhkannya bahkan mengukuhkan ia.


    Percaya atau tidak, negara kita tidak akan selamat tanpa agama. Malah tidak akan pernah tenang penguasa-penguasa atau pemerintah tanpa ada agama didalamnya.


    Kini saya serta teman-teman seperjuangan sedang berjuang menyiapkan diri. Saling menampung kekurangan yang terlompang dan menambah kekuatan yang perlu.


    Nak mengaku pejuang bukan senang tahu. Memang. Hingga saat ini pun, masih bergetar lagi. Entah berapakali taip dipadam-padam. Takpalah, ambil semangat juang kanak-kanak yang senjatanya batu-batu kerikil sudah cukup mengegarkan jiwa.


    Aduh! Jangan disalah ngertikan cerita ini. Saya bukan berlatih perang-perang di sini ya. Apalagi lawan-lawan. Jika kita tukar perkataan lawan itu kepada kawan, itu perlu. Adanya saya disini untuk kumpul ilmu, himpun pengalaman kutip pengajaran dan sebaris dengan apa yang sepatutnya.


    Dan semestinya saya pulang ke tanah air baru-baru untuk menambah dos power yang ada. Seperti paparan tertera ada dibawah, hakikatnya itu adalah menanti waktu saya ke negara Padang pasir.


    Khalilah dan Hadi bertugas tika ini



    terima kasih Nabila

    Mama dan Nurin. Letai tetap tidak memberi kesan.




    Baru teringat, tamak.
    Apa yang tamak sebenarnya Cik Farhana?.


    Tak terlalu dahsyat bukan, jika saya katakan saya mahu mereka sentiasa ada bersama. Bersama saya. Itu tamak, pada tafsiran empunya semaluberduri pada saat ini. Nanti bila di entri baru, tamak kita cerita lain.



    Belah awan. Sepatutnya sudah melepasi angan-angan.


    Sebelum habiskan cerita, saya masih ada cita-cita di sini. Ingin saya pasak sesuatu di tanah semaluberduri. Acapkali membuat saya tersenyum bersendirian dan berfikiran Hidup kita juga akan bermakna jika ada warisan.



    Nurin Hanani, ingat pesan cikgu ya!





    Nurin Syuhadah be a good Muslimah, InsyaAllah (",)..


    Wednesday, November 3, 2010

    Sejak kembali

    Sobahur nur blog,

    Saya sedang melakukan sesuatu dengan sedikit gulana.

    Er.. MengUpdate Semaluberduri by handset.

    Ini bukan blackberry atau sewaktu dengannya. Itu pasal gusar datang menyinggah.

    Bahkan. Mana tahu kredit sedang mengalir laju.

    Cik Farhana bukan majikan kepada mana-mana mahupun digajikan oleh sesiapa. Hanya perantau di negara padang pasir.

    Jadi diingatkan pada Cik Farhana,

    jangan ukur baju sendiri dibadan orang ye. Aiwah (",)
    Hehe..ayat pujuk diri plus teruja

    P/s: Ini cubaan sahaja. Jika saya masih teruja tunggu cerita baru tiba. Ok.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails