Tuesday, April 27, 2010

semunyikan shout boX



Berjalan-jalan seperti biasa saya cuba tinggalkan jejak.
Ketika meneliti dilaman tuan tanah, saya telah temui cara untuk menyembunyikan shout box.



buat teman yang bertanya,


Disini saya cuba kongsikan apa yang telah saya temui,
AMIK code kat sini

Mula-mula buka laman shoutbox/shoutmix sendiri
c0py kod tersebut


cara nak letak di blogspot:

login dashboard blooger.com sendiri

layout

page elemant

add gadget

kendian --> pilih html

copy paste code tadi < dalam AMIK, paste kan code shoutbox sendiri >


p/s: boleh adjust warna, cari perkataan background : url
ketinggian, cari perkataan top
saiz, tukar nilai height
tukar nilai width

Thursday, April 15, 2010

PereMpuan kita

Bismilllah walhamdullilah


Bila jemari mula menekan papan kekunci, saya mula ditimpa perasaan agak gusar.

Apakah perkataan-perkataan seterusnya yang terpamer di kaca skrin akan mengores hati insan yang saya sayangi?.



“Biarlah..”bisik saya sendiri cuba pujuk hati.



Sayang saya terhadapnya melebihi segala perasaan yang saya rasa tika ini.



Bersiar-siar dilaman ini sebenarnya merungsingkan saya. Walaupun pelbagai berita dan maklumat dapat saya kutip dalam masa yang sama pelbagai perkara juga yang saya terjumpa.


Terkini sesawang facebook makin digemari saya juga terkena tempiasnya. Seronok sebenarnya berjumpa rakan-rakan lama. Masing-masing sudah bekerjaya dan ada yang telah bekeluarga. Tahniah buat mereka.



Gusar saya menyerang kembali.



Saya cuba mengingati apa yang telah dipelajari petang semalam di markaz. Markaz yang dimaksudkan tempat kami pelajar-pelajar melayu berhimpun disini. Pengajian semalam dikendalikan oleh Us Akli, pernah mengajar ketika saya masih di alam persekolahan. Cuma saya tidak pernah menjadi anak murid dari kelas beliau sendiri. Kini saya berpeluang bertemu dan berguru dengan beliau lagi di sini, bumi Mesir, Alexandria.



“Haram melihat leher, kepala(rambut) secara mutlak bagi PEREMPUAN yang bukan hamba”. Jelasnya beserta syarahan yang agak panjang lebar perbincangan mengenai aurat.



Haram yang dimaksudkan bagi orang lelaki yang melihat aurat perempuan dan termasuklah haram PEREMPUAN tersebut memperlihatkan auratnya.



Saya tak berkata SIAPAKAH yang mendedahkan auratnya atau SIAPAKAH yang melihat aurat wanita tapi cukuplah… saya benar-benar takut melihat fenomena yang melanda.


“Ya Allah ampunkan saya…” Saya juga insan yang banyak dosa. Terlalu banyak jika dibandingkan dengan lain.

Inilah perkara yang merungsingkan saya. Aurat sudah tidak dijaga. Marilah kita sama-sama memperbaiki diri. Ingatlah bahawa kita semua hidup disini tidak lama.



Amat takut bila saya terkenangkan kisah dari Nabi junjungan tercinta yang melihat banyaknya kaum Wanita didalam neraka. Antara sebabnya ialah tidak menjaga auratnya di dunia. Di dalam neraka dengan RAMBUTnya dia digantung, kemudian rambutnya digunting dengan gunting api neraka. Dan jatuhnya dia didalam api yang menggelegak. Seterusnya berulang-ulang begitulah keadaannya.. ya Allah… sakiitttnya!



Istimewa bagi wanita-wanita diluar sana kecantikan yang kita ada tidak kekal lama.

Hias dan pamerkanlah khas untuk yang BERHAK melihatnya. Itulah yang terbaik. Jangan mengggap ‘kecantikan perlu dipertontonkan’. Kerana akan ada hati-hati busuk mula bertindak. Dan masa itulah ada pihak yang terbahak-bahak mentertawakan kejahilan kita, bilamana kita sudah terpedaya dalam perangkapnya.


“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman”

[surah An-Nuur 24:17]


Saya sertakan tips untuk sekaum (pEREMpuan) berpakaian

  • Jangan nampak bentuk tubuh badan
  • Jangan nipis kainnya
  • Tutup kawasan aurat

Kini ramai benar yang suka pakai pakaian yang rupanya macam berSALUT.

Emm.. saranan saya nak pakai boleh tapi biarlah dalam rumah dan hanya orang-orang BOLEH melihatnya sahaja yang ada ya!


Untuk diri saya sendiri, Mama tercinta, Kak nga Tieqa, Kayla, Sepupu-sepupuku, Jiran-jiran tetanggaku dan tidak lupa khusus juga untuk teman-teman kesayanganku


“Marilah kita bersama menjaga aurat”



“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”

[surah An-Nuur 24:31]



Tuesday, April 13, 2010

tanda-TanDa penyaKit


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.

Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.




2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin

a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.



Wednesday, April 7, 2010

kelahiran di sebalik kematian


BELFAST: Cara Kerja Allah sungguh misteri, tetapi harmoni!



“Kami mahu menjemput Imam untuk solat jenazah di Funeral Home!” kata pegawai polis tersebut.

Bingung.

Solat jenazah.

Di Funeral Home?

Saya kehairanan.

“Siapa yang meninggal dunia?” saya bertanya.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun” jawab pegawai polis itu.

“Baiklah. Saya panggil beberapa orang lagi dan kita berangkat 10 minit lagi” saya bersetuju.

Tengah hari itu saya berjaya mengumpulkan kira-kira 7 orang jemaah masjid. Kami bertolak ke Funeral Home itu dengan sebuah kereta limosin hitam yang disediakan oleh pihak gereja. Di sepanjang perjalanan, saya masih tidak jelas dengan majlis yang bakal kami hadiri.

Perjalanan ke Funeral Home yang terletak di pinggir Belfast Selatan itu tidak memakan masa yang panjang. Kelihatan di perkarangan bangunan, banyak kereta dan orang ramai yang berpakaian hitam.

Suasana diselubungi kesedihan.

Pegawai polis yang membawa kami, memperkenalkan saya kepada seorang wanita Irish. Beliau berusia dalam lingkungan akhir 20′an.

“Oh, inikah Imam tersebut?” tanya beliau.

“Ya. Perkenalkan, Mr. Hasrizal” kata pegawai polis itu kepada wanita tersebut.

“Oh, terima kasih Mr. Imam. Saya Jenny, ibu kepada Mary” beliau memperkenalkan diri kepada saya.

Saya perasan yang Jenny tidak menghulurkan tangan untuk bersalam. Bagus sekali.

“Maafkan saya. Saya menumpang sedih atas kematian anak puan. Bagaimana semua itu berlaku?” saya bertanya.

“Entahlah. Kami bangun pagi dan Mary sudah pun meninggal dunia di dalam tidurnya” kata Jenny.

Sungguh tragis. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang sihat, tiba-tiba ditemui meninggal dunia di dalam tidurnya. Saya segera teringatkan Saiful Islam yang masih kecil di rumah. Sesungguhnya setiap hari anak kita berjaya bangun daripada tidurnya dan bernafas, ia adalah anugerah Allah buatnya dan buat kita. Setiap hari adalah survival. Terasa benar betapa fragile seorang bayi. Betapa perlunya ibu dan bapa memberikan kepadanya sebaik-baik penjagaan.

“Perkenalkan ini Mustafa, suami saya!” kata Jenny.

Saya menghulurkan tangan beriringan dengan senyuman.

Mustafa berpaling ke arah lain. Enggan bersalaman dengan saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails