Bismilllah walhamdullilah
Bila jemari mula menekan papan kekunci, saya mula ditimpa perasaan agak gusar.
Apakah perkataan-perkataan seterusnya yang terpamer di kaca skrin akan mengores hati insan yang saya sayangi?.
“Biarlah..”bisik saya sendiri
Sayang saya terhadapnya melebihi segala perasaan yang saya rasa tika ini.
Bersiar-siar dilaman ini sebenarnya merungsingkan saya. Walaupun pelbagai berita dan maklumat dapat saya kutip dalam masa yang sama pelbagai perkara juga yang saya terjumpa.
Terkini sesawang facebook makin digemari saya juga terkena tempiasnya. Seronok sebenarnya berjumpa rakan-rakan lama. Masing-masing sudah bekerjaya dan ada yang telah bekeluarga. Tahniah buat mereka.
Gusar saya menyerang kembali.
Saya
“Haram melihat leher, kepala(rambut) secara mutlak bagi PEREMPUAN yang bukan hamba”. Jelasnya beserta syarahan yang agak panjang lebar perbincangan mengenai aurat.
Haram yang dimaksudkan bagi orang lelaki yang melihat aurat perempuan dan termasuklah haram PEREMPUAN tersebut memperlihatkan auratnya.
Saya tak berkata SIAPAKAH yang mendedahkan auratnya atau SIAPAKAH yang melihat aurat wanita tapi cukuplah… saya benar-benar takut melihat fenomena yang melanda.
“Ya Allah ampunkan saya…” Saya juga insan yang banyak dosa. Terlalu banyak jika dibandingkan dengan lain.
Inilah perkara yang merungsingkan saya. Aurat sudah tidak dijaga. Marilah kita sama-sama memperbaiki diri. Ingatlah bahawa kita semua hidup disini tidak lama.
Amat takut bila saya terkenangkan kisah dari Nabi junjungan tercinta yang melihat banyaknya kaum Wanita didalam neraka. Antara sebabnya ialah tidak menjaga auratnya di dunia. Di dalam neraka dengan RAMBUTnya dia digantung, kemudian rambutnya digunting dengan gunting api neraka. Dan jatuhnya dia didalam api yang menggelegak. Seterusnya berulang-ulang begitulah keadaannya.. ya Allah… sakiitttnya!
Istimewa bagi wanita-wanita diluar
Hias dan pamerkanlah khas untuk yang BERHAK melihatnya. Itulah yang terbaik. Jangan mengggap ‘kecantikan perlu dipertontonkan’. Kerana akan ada hati-hati busuk mula bertindak. Dan masa itulah ada pihak yang terbahak-bahak mentertawakan kejahilan kita, bilamana kita sudah terpedaya dalam perangkapnya.
“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman”
[surah An-Nuur 24:17]
Saya sertakan tips untuk sekaum (pEREMpuan) berpakaian
- Jangan nampak bentuk tubuh badan
- Jangan nipis kainnya
- Tutup kawasan aurat
Kini ramai benar yang suka pakai pakaian yang rupanya macam berSALUT.
Emm.. saranan saya nak pakai boleh tapi biarlah dalam rumah dan hanya orang-orang BOLEH melihatnya sahaja yang ada ya!
Untuk diri saya sendiri, Mama tercinta, Kak nga Tieqa, Kayla, Sepupu-sepupuku, Jiran-jiran tetanggaku dan tidak lupa khusus juga untuk teman-teman kesayanganku
“Marilah kita bersama menjaga aurat”
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”
[surah An-Nuur 24:31]
2 comments:
thumbs up :)
nice entry u post here..=)
Post a Comment