Thursday, March 31, 2011

Hati hati



Iskandariah, 31 Mac - Sebuah rumah sewa di kawasan Assofirah yang di huni oleh seorang dan ditemani dua orang sahabatnya kerana ahli rumah yang berbaki masih belum sampai dari Malaysia setelah bercuti baru-baru ini.

Kejadian berlaku seawal jam 3.00 petang ketika Mangsa dan dua orang sahabatnya menunggu kehadiran ustaz untuk mengaji Al-Quran, kedengaran ketukan pintu rumah, kemudian kelihatan seorang lelaki arab berusia lingkungan 30-an meminta untuk memeriksa paip gas. Sahabat mangsa yang membuka pintu rumah tersebut mengizinkan masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur.

ketika menghubungi mangsa tersebut, dimaklumkan pada minggu lepas Tuan rumah telah menukar dapur dengan menggantikan yang baru dan berjanji akan membeli sakhonah yang baru untuk menggantikan yang lama kerana melihat keadaan tidak selamat untuk digunakan. Mangsa tersebut menjangkakan lelaki arab tersebut datang untuk menggantikan sakhonah baru yang di janjikan dari tuan rumah pada minggu yang lalu.

Kemudian lelaki arab tersebut meminta air sabun untuk memeriksa paip gas tersebut, setelah itu, lelaki arab mengatakan paip gas tersebut bocor dan meminta sejumlah wang sebanyak LE100 untuk membeli barang alatan membaiki paip gas berkenaan.

Akhawat tersebut meragui kebocoran itu kerana tidak terdapat tanda-tanda kebocoran melalui deria bau serta pemeriksaan yang dibuat oleh lelaki arab tersebut tidak kelihatan ada kebocoran. Kemudiaan akhawat tersebut menghubungi tuan rumah untuk mendapatkan pertolongan. setelah itu, tuan rumah sendiri hendak bercakap dengan lelaki arab tersebut.Tuan rumah mula mempercayai lelaki arab tersebut dan menyarankan akhawat tersebut membayar sahaja, tetapi akhawat tersebut tetap tidak mahu menyerahkan wang itu dan meminta lelaki arab tersebut untuk datang membaiki pada hari lain dan akan membayar apabila sudah siap membaikinya.

Malangnya lelaki arab tersebut tetap tidak mahu keluar selagi tidak dapat wang tersebut dan mengatakan akan kembali semula apabila siap membeli barang alatan untuk membaiki paip gas itu.

Melihat keadaan yang agak tegang, akhawat tersebut memberi wang yang dikehendaki oleh lelaki arab itu kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk. Setelah itu, lelaki arab tersebut meminta lagi sejumlah wang sebanyak LE100 lagi kerana tidak cukup, akan tetapi akhawat tersebut tidak memenuhi kehendaknya.

Setelah itu, tanpa disedari oleh mangsa, lelaki arab itu telah berjaya mengambil telefon bimbitnya sebelum keluar rumah. Setelah mangsa menyedari kejadian itu, terus bergegas mengejar lelaki arab tersebut, akan tetapi tidak berjaya kerana sudah tidak nampak kelibat arab tersebut.

Sebentar kemudian tuan rumah bersama anaknya datang untuk memastikan keadaan rumah tersebut dalam keadaan baik, tetapi malangnya lelaki arab tersebut telah lari dengan sejumlah wang LE 100 dan sebuah telefon bimbit. Ini merupakan helah ataupun lakonan sahaja dari lelaki arab tersebut. Mangsa dan dua orang sahabatnya Alhamdulillah selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Tuan rumah tersebut menasihatkan supaya berhati-hati dan mengkhabarkan kepada mangsa keadaan di Mesir kini masih lagi tidak aman.

Berikutan kejadian ini, AJKT PMRAM Cawangan Iskandariah menasihatkan agar mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika berada di dalam mahupun diluar rumah. Diingatkan supaya mengikuti pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan sebelum ini. Seboleh-bolehnya perlu ada tuan rumah atau musyrif sebelum mengizikan orang arab masuk ke dalam rumah anda.

Sebarang permasalahan atau kejadian yang berlaku dan mencurigakan, sila laporkan kepada Pengerusi DPMI Saudari Norliza Mat Salleh ditalian 011 205 3385. Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wataala




Wednesday, March 30, 2011

Freedom | الحرية

Sempat melihat suasana kacau bilau itu anugerah,


kerana dapat mengerti betapa nilainya kebangkitan manusia seperti rakyat apabila diasak dengan pelbagai tekanan. Lebih menterujakan bagi mereka untuk terus mara semangat itu juga bagai dipalu palu untuk gegarkan negara. Alhamdulillah. Moga kejayaan tersebut dirasai oleh dunia negara-negara lain.



"Yang mengalami lebih mengerti"




Kalian harus sedar, tak selamanya rakyat boleh diperlakukan dengan segala acara demi kuasa dan harta benda. Tipu ikut suka dan pijak semahunya dengan macam-macam cara. Upacara sogok tak akan berhasil bila rakyat tahu itu agenda. Harga benda mendadak ikut suka. Segala cerita dan tayangan makin membakar kepala dan apa lagi, apa lagi yang guna untuk seterusnya.




Mereka reti untuk menilainya, dan semakin bijak tahu taktik dan suasana. Bersiap sedialah semua. Bila rakyat-rakyat di seluruh dunia ini buka cerita. Semangat mereka tak akan luntur bila terkena suisnya. Dan hati-hatilah apabila mereka sudah terjaga, celik mata nantikanlah perubahan yang selama ini kononnya telah betul segala.










Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

Sunday, March 20, 2011

selepas tiba Alexandria



Catatan ini dirakam tika di luar. Di luar yang bermaksud saya sedang menghadap bulatan jalan atau dikenali dengan Medan al-Mandara Alexandria berhampiran Fathallah. Tengah suasana sibuk pagi-pagi kehidupan warga tempatan mula beroperasi.


Kini terlihat dihadapan mata saya, mereka sedang kembali meneruskan hidup selepas revolusi memperjuangkan kebebasan dan hak daripada pemerintah. Banyak betul khabar yang ingin saya kongsi tapi berpadanlah kepada kalian, sebabnya hanya mata dan telinga sebagai saksi.

1. Dari cerita-cerita yang saya dengar, semasa rusuhan berlaku ramai warga tempatan yang Syahid. Apabila jenazah mereka dibedah siasat, kebanyakkan peluru dari Israel. Penembak tepat mungkin. Sasaran hanya pada dada dan kepala.

2. Sehingga saat ini, saya belum melihat polis Mesir bertugas. Hatta tika saya memasuki pintu gerbang kuliah tiada lagi kelompok manusia yang memakai seragam polis yang menjaga dan memastikan kami beserta kad pelajar melepasi pintu gerbang. Suasana tersebut tinggal kenangan.

3. Pasaraya-pasaraya besar pula, semuanya menaikkan bata di cermin-cermin yang merupakan dinding satu ketika dulu. Ekoran tindakan perompak yang gila pecah masuk.

4. Kain rentang Ikhwanul Muslimin kelihatan di mana-mana. Nama dan gambar-gambar para syuhada' turut terpampang di jalan besar.

5. Pemandu-pemandu trencmo juga kelihatan sangat meriah. Mereka bebas mendapatkan penumpang di mana mereka suka. Padahal dulu mereka memecut laju-laju apabila dikejar Motor besar polis.

6. Para peniaga jalanan juga bahagia kerana tidak lagi gelisah memikirkan petugas kerajaan mengejar mereka. Bahkan pacak kedai di jalan utama.

7. Menariknya, di mana ada ruang di situ anda akan melihat bendera Mesir. Juga tanda kenangan 25 January. Pada belakang kereta-kereta, dinding-dinding, tembok-tembok dan di merata tempat lagi.

yang jelas kini, perlahan-lahan rakyat Mesir sedang bergerak mengubah situasi mereka ke arah lebih baik. Mereka lebih trampil mendepani suasana kerana tiada lagi kekangan dari Pemerintah. Mereka juga sedang berusaha membebas ikatan yahudi terhadap umat Islam.

Moga Allah memakmurkan kita semua dengan redha dari-Nya. Untuk itu, kena bersiap sekarang ke kuliah. Minta diri dulu


p/s: pada teman-teman yang masih di Malaysia bakal ke sini. Eloknya bawalah baju tebal. Mesir sejuk lagi. Di Alex pun hujan masih turun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails