Sunday, May 2, 2010

peribadi kekasihku

Menitis air mata ini kerana rindu. Jerit perihmu.. mengharukan hatiku.
Ketabahanmu menguatkan jiwaku. Peribadimu yang agung menjadi inspirasiku.
Engkaulah insan mulia di muka dunia...
Moga syafaatmu dapatku rasai wahai kekasih Allah.


Dirimu yang..

  • Bersikap amat bertolak ansur.

  • Seorang yang berani, adil dan bersopan santun

  • Ringan tulang dan memberi pertolongan kepada orang lain sekalipun diri dalam kesusahan.

  • Sangat pemalu dan tidak menatap lama wajah seorang yang lain.

  • Gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga.

  • Tidak berasa hina, membantu hamba, orang susah dan orang miskin.

  • Tidak pernah bersandar ketika makan.

  • Fasih dan manis dalam tutur kata.

  • Seorang yang suka menziarahi orang sakit.

  • Sentiasa mengembirakan hati pesakit dengan memberikan harapan agar cepat sembuh.

  • Suka memberi makanan kepada fakir miskin.

  • Menyambut dan memuliakan orang yang menemuinya.

  • Gemar bergurau senda, tetapi tidak berdusta dalam gurauannya dan tidak pernah ketawa berdekah-dekah.



  • Sangat berlemah lembut denga isteri-isteri dan ahli keluarganya.

  • Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.

  • Suka memanggil sahabat, orang perempuan dan kanak-kanak dengan gelaran baik-baik untuk menghormati mereka.

  • Bersifat sangat penyayang.

  • Berjalan dengan cepat.

  • Suka bauan-bauan harum dan tidak suka benda yang busuk.

  • Ucapannya pendek tetapi padat dan tepat.

  • Sentiasa makan makanan yang hampir dengannya.

  • Selalu memakai pakaian yang berwarna putih dan lengan bajunya sentiasa berkancing.

  • Sangat berlapang dada dalam menghadapi sesuatu perkara.

  • Sering memberi salam kepada kanak-kanak, suka berjenaka dan bermera dengan mereka.

  • Tidak pernah melunjurkan kaki di hadapan sahabat.

  • Apabila berhadapan dengan sesuatu yang menyusahkan hatinya atau menyebabkan marah, baginda hanya mengurut janggut dan diam.

  • Tidak pernah mengeluarkan kata-kata keji dan hina.

  • Memiliki perasaan yang halus.

  • Mengambil wudhuk sebelum tidur dan berzikir sehingga tidur.

  • Sangat suka makan berjemaah daripada berseorangan.

  • Sangat mementingkan kebersihan dan menganjurkan para sahabat membersihkan halaman dan dalam rumah.

  • Sentiasa meminta pandangan sahabat-sahabat dalam memutuskan sesuatu perkara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails