Sunday, March 20, 2011

selepas tiba Alexandria



Catatan ini dirakam tika di luar. Di luar yang bermaksud saya sedang menghadap bulatan jalan atau dikenali dengan Medan al-Mandara Alexandria berhampiran Fathallah. Tengah suasana sibuk pagi-pagi kehidupan warga tempatan mula beroperasi.


Kini terlihat dihadapan mata saya, mereka sedang kembali meneruskan hidup selepas revolusi memperjuangkan kebebasan dan hak daripada pemerintah. Banyak betul khabar yang ingin saya kongsi tapi berpadanlah kepada kalian, sebabnya hanya mata dan telinga sebagai saksi.

1. Dari cerita-cerita yang saya dengar, semasa rusuhan berlaku ramai warga tempatan yang Syahid. Apabila jenazah mereka dibedah siasat, kebanyakkan peluru dari Israel. Penembak tepat mungkin. Sasaran hanya pada dada dan kepala.

2. Sehingga saat ini, saya belum melihat polis Mesir bertugas. Hatta tika saya memasuki pintu gerbang kuliah tiada lagi kelompok manusia yang memakai seragam polis yang menjaga dan memastikan kami beserta kad pelajar melepasi pintu gerbang. Suasana tersebut tinggal kenangan.

3. Pasaraya-pasaraya besar pula, semuanya menaikkan bata di cermin-cermin yang merupakan dinding satu ketika dulu. Ekoran tindakan perompak yang gila pecah masuk.

4. Kain rentang Ikhwanul Muslimin kelihatan di mana-mana. Nama dan gambar-gambar para syuhada' turut terpampang di jalan besar.

5. Pemandu-pemandu trencmo juga kelihatan sangat meriah. Mereka bebas mendapatkan penumpang di mana mereka suka. Padahal dulu mereka memecut laju-laju apabila dikejar Motor besar polis.

6. Para peniaga jalanan juga bahagia kerana tidak lagi gelisah memikirkan petugas kerajaan mengejar mereka. Bahkan pacak kedai di jalan utama.

7. Menariknya, di mana ada ruang di situ anda akan melihat bendera Mesir. Juga tanda kenangan 25 January. Pada belakang kereta-kereta, dinding-dinding, tembok-tembok dan di merata tempat lagi.

yang jelas kini, perlahan-lahan rakyat Mesir sedang bergerak mengubah situasi mereka ke arah lebih baik. Mereka lebih trampil mendepani suasana kerana tiada lagi kekangan dari Pemerintah. Mereka juga sedang berusaha membebas ikatan yahudi terhadap umat Islam.

Moga Allah memakmurkan kita semua dengan redha dari-Nya. Untuk itu, kena bersiap sekarang ke kuliah. Minta diri dulu


p/s: pada teman-teman yang masih di Malaysia bakal ke sini. Eloknya bawalah baju tebal. Mesir sejuk lagi. Di Alex pun hujan masih turun.

2 comments:

sha said...

baguslah kalau ianya telah kembali aman dan paling penting, ianya lebih elok dari sebelumnya..

eh, kenapa pula ada penembak tepat dari Yahudi?

SEmaLu berDuRi said...

Bangsa yahudi, ialah bangsa yang selalu mengambil kesempatan terhadap bangsa-bangsa lain di muka bumi ini,bah kan di Alexandria berlaku 1 kejadian besar sebelum revolusi di Mesir. Kejadian letupan di hadapan gereja besar yang mana setentang dengan gereja tersebut ialah sebuah masjid yang sama besar. Dalam kejadian letupan bom itu angka kematian melibatkan 21 orang kristian
dan lebih 40 orang cedera. Jadi ramai yang menyangka itu perbutan orang muslim. Hampir melibatkan pergaduhan antara agama walau sebangsa. Setelah dikaji selidik itu rupanya angka MoSaD( agen yahudi) untuk wujudkan pertelingkahan.

Apabila berlaku revolusi mereka(yhdi) mengambil peluang ini untuk musnahkan orang islam

Dalam Al Baqarah telah termaktub sikap mereka. Ayat 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar".

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails