Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu bertanya,
semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala.
Hadith riwayat Abu Naim.
Beratur untuk sekeping tiket di stesen Komuter Serdang memberikan pandangan indah kerana saya menikmati suasana betapa manusia mengejar masa. Sudahnya tibalah di giliran saya,
Saya: Tiket perjalanan ke Kuala Lumpur untuk seorang berapa harganya?
Petugas: Ke Kuala Lumpur, turun di mana Cik?
Saya: Di Kuala Lumpur. yakin seakan terbang tetiba.
Petugas: Iyalah di Kuala Lumpur itu banyak tempat. Mid Valley? KL Sentral?
Saya: ...Kuala Lumpur. Ada stesen kan di Kuala Lumpur.
Petugas: Sebentar ya, saya cek semula.
Adalah hari itu saya rajin bertanya. Bertanya semula. Platform di mana juga ditanya, di depan gerabak ' ini ke Kuala Lumpur ' ? Mujur dijawab mereka. Lega. Komuter bergerak, penghuninya bermacam gaya dengan pelbagai cara untuk mengisi masa. Hingga tiba di stesen Salak Selatan kami diarahkan keluar semua. Padahal belum lagi sepatutnya. Saya sedikit terpingga.
Oh ada masalah! kata mereka.
10 minit berlalu. Jam saya perhati, harap sempat tiba ke sana. Pukul 2 petang sesi temuduga bermula. Moga dipermudahkan nanti. Amin. Amin. Doa saya diam-diam. Tukar Komuter juga akhirnya.
Elok tiba sahaja ada seorang petugas kawalan tanya saya, " mahu ke mana Cik ?. "
" Bangunan Jawi. " Terus saya dapat peta gambaran darinya. Alhamdulillah.
Nah, paparan tika saya tiba.
Setelah selesai urusan |
Sepertinya saya pelancong dari luar negara itu hari. Betul ni! pengalaman saya.
Tak rugilah bertanya..
.... dan bila sampai giliran nama saya. Saya pula yang ditanya tanya semasa temuduga.
3 comments:
perkoncian yang bermanfaat..=)
http://azamfillah.blogspot.com/
Lama tak singgah ke blog cik farhana ni....dah balik ke Malaysia rupanya.....Moga dirimu dalam rahmat Allah ukthi.....
cantik sungguh gmbar yg diambil...klu ble tau, gne kamera pe yer?
Post a Comment