Thursday, September 5, 2013

Mesir I Penentangan secara damai.



Kenapa rakyat Mesir menentang pemerintahan tentera?


Kerana pemerintahan tentera bertentangan dengan dasar politik demokrasi. Ketenteraan adalah berkaitan mendengar arahan, kerahsiaan, membunuh musuh, dan penyelesaian hanya dengan kekerasan.

Adapun politik polisinya adalah dengan cara 'silmiah'. Penyelesaian cara damai, perbincangan, dialog, berdebat, dan akhirnya keputusan ditangan rakyat.

Campur tangan tentera dalam pemerintahan membawa keburukan kepada tentera dan sistem politik demokrasi.

Apabila tentera sibuk dengan politik, maka pertahanan negara terdedah kepada bahaya. Sistem demokrasi akan cacat, dan pemerintah tentera akan menjadi diktator.

Pemerintahan tentera telah merampas keaman, kebebasan dan kehormatan rakyat. Tiga unsur ini adalah rukun utama kehidupan manusia. Dengan demikian adalah wajib menjatuhkan pemerintahan tentera.

Kenapa hanya turun menentang tentera di jalanraya?
Penentangan ke atas tentera secara 'silmiah' atau secara damai lebih dekat/tepat dengan syara, akal atau realiti.

Dari segi syara supaya tidak berlaku fitnah dan huru hara perbunuhan sesama orang Islam dan sesama rakyat
Mesir. Menahan diri dari mengangkat senjata menjauhkan masyarakat dari fitnah. Bahkan pihak tentera, polis, dan samseng upahan yang mengangkat senjata menentang penunjuk perasaan aman dikira berdosa. Rakyat yang dibunuh oleh pemerintah dikira sebagai syahid.

Dari logik akal atau realiti terbukti penentangan secara damai lebih menguntungkan dan lebih sedikit mudharat berbanding dengan mengangkat senjata. Tiada kemusnahan harta benda awam dan tiada pertumpahan darah.

Yang penting, Penentangan wajib diteruskan.
Dan penentangan itu mestilah dengan cara damai dan aman. Oleh yang demikian, wajib turun jalanraya dan meneruskan mogok awam serta mempelbagaikan tektikal penentangan yang boleh mengelakkan pertumpahan darah semampu mungkin.

Kenapa dikira sebagai kewajipan agama, negara dan kemanusian?
Kerana Agama mengajar kita memuliakan dan memelihara hak asasi semua manusia, iaitulah keamanan, kebebasan dan kehormatan. Dan sebagai rakyat, mestilah membebaskan negara dari pemerintah yang zalim dan kejam. Sebagai manusia, wajib mempertahankan hak dan mempunya sifat prikemanusian apabila ramai rakyat dibunuh, diseksa, dibakar, ditangkap dan sebagainya.

Apa peranan kita?
1. Mengambil tahu umat Islam yang ditindas dan dizalimi, kerana mereka adalah saudara kita seagama biarpun berlainan bangsa dan negara. Dan bagaimana perancangan musuh Islam sedunia berpakat menjatuhkan kerajaan Mursi.

2. Mengikuti perkembangan perjuangan rakyat Mesir bagaimana mereka berhadapan dengan pemerintah yang zalim dengan cara damai walaupun mereka dibunuh, ditangkap dan diseksa. Mereka mengajar dunia erti perjuangan dan kesabaran.

3. Membantu mereka sekadar mampu dan berstrategi. Antaranya adalah

- sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa yang syahid, cedera, atau bantuan perubatan.

- menyebarkan maklumat yang tepat tentang isu di Mesir, rakyat yang menentang tentera bukan pemberontak, dan Sisi adalah sekutu Israel dan Amerika yang berusaha menghancurkan Islam.

- sentiasa berdoa dan bermunajat semoga Allah kurniakan kemenangan kepada umat Islam di seluruh dunia khususnya negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syria, Burma, Palestin dan lain-lain.





Link asal klik SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails