Untuk pembacaan kali ini,
kamu mulakan berfikir dengan gaya ilmu yang telah ada! namun ia bukan bermaksud untuk berhenti menambahkannya atau dalam kata senang, sila praktikkan diri dengan apa yang ada di dalam kepala untuk teruskan pembacaan.
Sepatutnya kamu dan saya perlu tahu kedudukan diri. Bak kata salah seorang Guru, " Orang yang mengenali darjatnya sendiri, tidak akan binasa " dan seorang yang bijaksana adalah orang yang tidak mengumumkan dirinya bijaksana.
Dari tadi Ulang baca perenggan yang sama. Maknanya, masih lagi tak jumpa punca? Kau memang ah. Okay, saya tak marah. Tiada apa-apa pun yang sepatutnya dibisingkan, memang ayat macam belit kepala. Justeru, kita terus ke tajuk cerita. Sebelum tu, suka untuk saya ingat mengingatkan kerana saya pun suka diperingatkan dan sekarang biar diberitakan pada kamu apa hal yang sebenarnya.
Darjat? atau kedudukan diri.
Wah. Bunyi macam tinggi, seperti nak suruh dipuji-puji. Padahal entah di bahagian mana-mana agaknya kedudukan kita di sisi Nabi SAW. Jadi tak perlu sesi angkat diri. Sungguh tak menSeronokan.
Baik, ingatkan saya dan kamu,
Kita ini hanya taraf hamba, walaupun kau sudah berkerjaya yang gajinya sudah mencecah angka entah keberapa-berapa, sekalipun kau sudah jelajahi pelusuk dunia ataupun kau telah belajar, baca dan jumpa macam-macam benda dan pelbagai perkara. Saya dan kamu, kita tetap sebagai hamba kepada Pencipta.
Jadi tak perlulah untuk menyuburkan rasa bangga dengan apa yang ada atau baru-baru nak menjana tentang harta, nama dan pangkat semata-mata sebab rasa suka-suka. Memang tak akan bahagia. Jangan tak percaya! sebabnya, itu semua akan binasa. Lainlah bila, himpunan yang ada disalurkan pada tempat yang selayaknya dan buat bekal-bekalan serta persediaan untuk ke negeri yang abadi dan kekal selamanya.
Akhirat itu Lebih BAIK dan Lebih KEKAL
.... lalu, sanggupkah kita mengejar apa yang akan kita tinggalkan
2 comments:
Masyaallah, suatu nukilan yang benar, terima-kasih kerana ingat-mengingatkan.
Salam, harta dunia sementara saja.
Post a Comment