Thursday, March 31, 2011

Hati hati



Iskandariah, 31 Mac - Sebuah rumah sewa di kawasan Assofirah yang di huni oleh seorang dan ditemani dua orang sahabatnya kerana ahli rumah yang berbaki masih belum sampai dari Malaysia setelah bercuti baru-baru ini.

Kejadian berlaku seawal jam 3.00 petang ketika Mangsa dan dua orang sahabatnya menunggu kehadiran ustaz untuk mengaji Al-Quran, kedengaran ketukan pintu rumah, kemudian kelihatan seorang lelaki arab berusia lingkungan 30-an meminta untuk memeriksa paip gas. Sahabat mangsa yang membuka pintu rumah tersebut mengizinkan masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur.

ketika menghubungi mangsa tersebut, dimaklumkan pada minggu lepas Tuan rumah telah menukar dapur dengan menggantikan yang baru dan berjanji akan membeli sakhonah yang baru untuk menggantikan yang lama kerana melihat keadaan tidak selamat untuk digunakan. Mangsa tersebut menjangkakan lelaki arab tersebut datang untuk menggantikan sakhonah baru yang di janjikan dari tuan rumah pada minggu yang lalu.

Kemudian lelaki arab tersebut meminta air sabun untuk memeriksa paip gas tersebut, setelah itu, lelaki arab mengatakan paip gas tersebut bocor dan meminta sejumlah wang sebanyak LE100 untuk membeli barang alatan membaiki paip gas berkenaan.

Akhawat tersebut meragui kebocoran itu kerana tidak terdapat tanda-tanda kebocoran melalui deria bau serta pemeriksaan yang dibuat oleh lelaki arab tersebut tidak kelihatan ada kebocoran. Kemudiaan akhawat tersebut menghubungi tuan rumah untuk mendapatkan pertolongan. setelah itu, tuan rumah sendiri hendak bercakap dengan lelaki arab tersebut.Tuan rumah mula mempercayai lelaki arab tersebut dan menyarankan akhawat tersebut membayar sahaja, tetapi akhawat tersebut tetap tidak mahu menyerahkan wang itu dan meminta lelaki arab tersebut untuk datang membaiki pada hari lain dan akan membayar apabila sudah siap membaikinya.

Malangnya lelaki arab tersebut tetap tidak mahu keluar selagi tidak dapat wang tersebut dan mengatakan akan kembali semula apabila siap membeli barang alatan untuk membaiki paip gas itu.

Melihat keadaan yang agak tegang, akhawat tersebut memberi wang yang dikehendaki oleh lelaki arab itu kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk. Setelah itu, lelaki arab tersebut meminta lagi sejumlah wang sebanyak LE100 lagi kerana tidak cukup, akan tetapi akhawat tersebut tidak memenuhi kehendaknya.

Setelah itu, tanpa disedari oleh mangsa, lelaki arab itu telah berjaya mengambil telefon bimbitnya sebelum keluar rumah. Setelah mangsa menyedari kejadian itu, terus bergegas mengejar lelaki arab tersebut, akan tetapi tidak berjaya kerana sudah tidak nampak kelibat arab tersebut.

Sebentar kemudian tuan rumah bersama anaknya datang untuk memastikan keadaan rumah tersebut dalam keadaan baik, tetapi malangnya lelaki arab tersebut telah lari dengan sejumlah wang LE 100 dan sebuah telefon bimbit. Ini merupakan helah ataupun lakonan sahaja dari lelaki arab tersebut. Mangsa dan dua orang sahabatnya Alhamdulillah selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Tuan rumah tersebut menasihatkan supaya berhati-hati dan mengkhabarkan kepada mangsa keadaan di Mesir kini masih lagi tidak aman.

Berikutan kejadian ini, AJKT PMRAM Cawangan Iskandariah menasihatkan agar mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika berada di dalam mahupun diluar rumah. Diingatkan supaya mengikuti pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan sebelum ini. Seboleh-bolehnya perlu ada tuan rumah atau musyrif sebelum mengizikan orang arab masuk ke dalam rumah anda.

Sebarang permasalahan atau kejadian yang berlaku dan mencurigakan, sila laporkan kepada Pengerusi DPMI Saudari Norliza Mat Salleh ditalian 011 205 3385. Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wataala




1 comment:

Lintasan Hati said...

Hati-hati farhana.....Moga dlm lindungan Allah hendakNya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails