Monday, September 28, 2015

Hijab

ehsan google




HIJAB :



Pagi ini terbaca komen seseorang mempertahankan adiknya yang tidak bertudung (berhijab). Saya amat tertarik apabila dikatakan tudung atau hijab adalah budaya Arab.
Saya sedikit pun tidak memarahi beliau atas kenyataan ini. Namun saya terpanggil untuk memuhasabah ahli agama. Kerana tidak menyampaikan kewajipan berhijab kepada mereka.
Teringat saya kisah hijab Sultanah Terengganu yang pernah diceritakan oleh Bekas MB-nya, Dato Seri TG Abdul Hadi Awang. 

Antara nasihat awal beliau kepada Tuanku Sultan Terengganu adalah berkaitan kewajipan hijab Sultanah. 

Terkejut beliau dengan jawapan Sultan, "wajibkah berhijab? Seorang Ustaz Istana kata tak wajib". 

Maka terus Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertanya kepada Ustaz tersebut, "kenapa Ustaz kata tak wajib?". 
"Saya takut Ustaz", jawabnya kepada beliau.


Maka mulai itulah Sultanah Terengganu perlahan-lahan mengenakan hijab dan alhamdulillah istiqamah hingga sekarang.

Wahai para agamawan! Wahai ilmuwan agama!

Kenapakah kalian tidak menyampaikan kewajipan agama kepada pemerintah?! 
Mereka bukan ingkar perintah Allah namun mereka jahil tentang kewajipan agama ini.
Ringankanlah lidah-mu, lancarkanlah pena-mu dalam menjalankan tugas dakwah dan nasihat dalam agama indah ini.
Sungguh diri ini terasa amat berdosa bila masih ada yang belum tahu apa yang WAJIB untuk dilaksanakan dan apa yang HARAM untuk ditinggalkan.


"JOM KITA SEMUA SAMPAIKAN AGAMA INI KEPADA SEMUA".


diolah
dari FB Tuan Luqmanul Hakim Al-Iskandarani

1 comment:

MH said...

nice entry.. especially sbb emphasise abt aurat.. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails