Monday, May 22, 2017

Air Mata Pengantin (Penternak yang Bahagia)

15 haribulan yang lepas saya ke negeri Hang Tuah, Melaka.

Ceritanya bermula ketika bonda tercinta meminta saya untuk ke Segamat, Johor. Katanya, mahu melihat anak yang ini memperjuangkan legasinya.

Untuk orang yang belum pernah memandu bersendirian sejauh ini, impaknya jelas. Agak termanggu. Namun, permintaan dan restunya telah menggoyahkan sangsi tambah pula Ayahanda turut memberi isyarat. Jodoh ternanti-nanti disana.

Iya. Iya lah..

Saya iakan permohonan ini, diiring tawa sepanjang perjalanan.

Tepat jam 1 dua minit 54 saat tiba saya di restoran Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Oh ya, mahu saya khabarkan juga Nasi lemak Panas di sana sedap. Boleh cuba ;-) ada juga mee kari dan laksa tapi saya belum rasa. Do expect the price should be higher than other place.


Memandangkan misi ke Segamat, Johor memakan masa seminggu dua. Saya memilih rumah Kampung untuk transit. Jadi terus sahaja tayar menyusur keluar dari lebuhraya menuju ke Jasin, Melaka.


Pagi keesokkannya

Embun menitis segar. Sesegar bekalan semangat dari Bonda dan ayahanda. Bertemankan Ayah saudara kereta membelah jalan menuju matlamat asal. 

MashaAllah..

Cantik sangat ketika melewati Gunung Ledang. Kabus tebal tak mampu menutupi keindahan alam ini, bahkan penambah seri. Ikutkan, mahu sahaja berInsta Story memperlihatkan persona Gunung Ledang pada rakan-rakan, juga saat Melintasi pekan-pekan lama. Teramat unik pada saya. Keterbatasan suasana mematikan rasa. Jalannya bersimpang siur dengan lori-lori besar dari kawasan Kuari. Walaubagaimanapun, jika berkempatan pasti saya kongsi nanti inshaAllah.


Alhamdulillah ke destinasi pertama berjaya diselesaikan.

Turun dari kereta, langkahan pertama tertawan dengan sahutan kicauan burung-burung 

Ya Allah.
Damainya perasaan ini...Pastinya burung-burung ini sedang bertasbih dipagi hari.
Sesiapa yang mendengarkan juga akan terasa indah. Yakin betul rasanya.
Kali ini, peluang abadikan suasana tidak saya lepaskan. Boleh lihat sini


Aduh. Berbunga rasa melihat penuh bunga-bunga. 

Destinasi pertama saya kali ini. NHOTF, iaitu Nova Holistic Organic Trigona Farm. 
NHOTF ini berkeluasan 7 ekar dan beralamat di Tasik Alai, Gemereh, 85000 Segamat, Johor.

saya difahamkan,
Nak pergi secara rombongan pun boleh, Bas-bas disediakan, juga dengan makan tengahari Nasi Beringin Ayam dan Kambing. Pengangkutan dan Makanan Ini ditanggung percuma.


Okay,
berbalik Cerita Ladang penuh bunga ini sebenarnya Ladang Kelulut. Teruja ketika saya diterangkan bagaimana proses Lebah Kelulut mengumpulkan madu. 

Paling mengkagumkan, Bismillahi mashaAllah..

Saat atap rumah Kelulut ini dibuka, melihat sendiri Kelulut sedang bekerja. Rupa-rupanya Madu-madu dihimpunkan dalam tempayan-tempayan yang dibina oleh Kelulut.

Comel sangat.

Saya turut diberi kesempatan menikmati madu dari tempayan binaan Kelulut. Rasanya berbeza. Masam manisss..

Kelulut ini,

Adik beradik lebah juga. Hampir mirip lebah sengat cuma ianya tidak berbisa. Lebih kecil saiznya. Malah turut menghasilkan madu. Spesisnya banyak. Hampir 150 jenis, di Malaysia sahaja ada hampir 29 jenis. InshaAllah ada senggang waktu, saya kongsikan pula mengenai Kelulut sahaja. Memang tak menang cerita tentangnya. 

Sebetulnya, sebelum saya berkenalan dengan lebah Kelulut terlebih dahulu saya ditarik-tarik oleh Air mata Pengantin. (baca Pokok Bunga Air Mata Pengantin)

Cantiknya..

berkali-kali saya pusing mengelilingi  kawasan ini, nampaknya Bunga Air Mata Pengantin menjadi topik hati. Ketika mendekati Bunga Air Mata Pengantin, Wah! nampaknya Kelulut-Kelulut sedang mengerumuni ia dan sudah mulai masuk kerja.




Pokok Bunga Air Mata Pengantin atau dikenali juga dengan nama Pokok Pengantin yang nama saintifiknya Antigonon leptopus, adalah pokok menjalar yang berasal dari Mexico. 



Dikenali Mexican Creeper, Coral Vine, Chain of Love, Queen’s Jewels, Kadena de Amor, Bee Bush(nama dikebanyakan kepulauan Caribbean) atau San Miguelito Vine dan banyak lagi nama lain.

πŸ’—Ada warna putih selain merah jambu.

Ekstrak dari daun dan bunganya merupakan penghalang pengoksidaan lipid. Ianya adalah antioksidan, anti-radang dan analgesik. Teh panas yang dihasilkan dari bahagian-bahagian atas/ariel tumbuhan ini digunakan untuk melegakan gejala-gejala sejuk dan selesema.

Teh yang dihasilkan dari daun air mata pengantin mampu merawat kencing manis dan tekanan darah tinggi. di sesetengah negara, daun dan bunganya dicelup dalam tepung, goreng dan dihidangkan dengan pasta. Bunganya juga dicampurkan ke dalam telur dadar (omelette).

Bagi penduduk kaum orang asli Baja di California, biji dari pokok air mata pengantin dibakar yang terhasil seperti bertih (popcorn) yang kemudian dikisar menjadi tepung dan diolah untuk dijadikan lempeng (pancake) sebagai santapan sampingan.


Walau apa pun kegunaannya, pokok bunga air mata pengantin hari ini menjadi sebutan dan buruan ramai. Ianya tidak lagi mengalirkan air mata sedih seorang pengantin tetapi air mata gembira buat si penternak kelulut dan lebah madu.



Selain itu, pelbagai jenis tumbuhan terdapat di Ladang Kelulut ini. Jadinya sesiapa yang melancong di Ladang Kelulut ini boleh juga memborong anak-anak pokok, produk-produk hasil Kelulut dan macam-macam lagi.







Dari tentatif pelancongan ini, akan singgah di Madrasah Ibnu Ma'sod, Melihat Kilang dan macam-macam lagi. InshaAllah next time, jika nak pergi boleh khabarkan pada saya.

Lepas Raya ini😎



Boleh Lihat video diatas πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†

untuk lihat produk MaduKelulut Klik Sini

atau
untuk pertanyaan Lanjut boleh Whatsapp terus klik sini pun boleh

http://www.wasap.my/+60173307080 

Baiklah,

 Kesimpulannya, bab Berjalan-jalan ini boleh serah pada saya hehe..

sehingga berjumpa lagi, sebelum itu saya tinggalkan cerita ini dengan 


"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam- macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." [An-Nahl : 69]
Petikan surah An-Nahl ayat 69 di situ, menjelaskan bahwa bahan yang dapat dijadikan ubat penyembuh bagi manusia adalah bahan yang keluar dari perut lebah dengan bermacam-macam warnanya.




Wassalam






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails