Friday, June 4, 2010

beringat sebelum kena



' Saya Bukan Tunang Dia' sebelum ini rasanya telah mencuri perhatian pembaca, ramai yang bertanya dan memberi respon dari YM sehingga bertubi panggilan telefon. Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan buat mereka yang begitu sensitif terhadap sekeliling. (lebih-lebih lagi akhwat Mesir). Tak kurang juga pada Blogger Alexandria yang sudi melinkkannya.


Amin. saya mengaminkan doa mereka agar Allah pelihara kita semua.


Di sini juga saya ingin memanjangkan pesanan-pesanan yang saya terima dari pembaca. Antaranya


  1. Tak kira di mana sekalipun kalian berada. Kamu di Asia, benua Afrika, benua Eropah atau mana-mana sahaja. Hati-hatilah . (tak kiralah pembaca saya ini lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berpunya kena beringat juga!).
  2. Jangan bersendirian jika ingin kemana-mana. Nabi Junjungan tercinta pun sudah lama mengingatkan (lebih-lebih lagi perempuan. jangan kata "selama ini ok je.." Sekali dah kena. Merana selamanya)
  3. Selalu dekat diri dengan Pencipta Alam Semesta. Yang ini paling muhim! muhim jiddan (penting sangat-sangat dalam bahasa melayu)

** yang ini saya tambah

Kita yang perempuan ini.. Malam-malam jika tiada urusan yang mustahak, duduk di rumah sahaja. Lebih bagus. Mungkin ada orang kata, apa tu? kolotnya bunyi..

tapi saya tetap nak ingatkan. Pengalaman saya dalam ' Saya Bukan Tunang Dia ' berlaku di siang hari. Di tengah-tengah orang ramai, namun perkara seperti ini memang kita tak jangka bah kan tak pernah terduga.


kalian yang tak sependapat dengan saya ingin menduga?


Apa yang boleh berlaku di malam hari?. Tutup Mulut tu! fikir sendiri.



Saya tak marah. Cuma memang kadang-kadang saya ini agak garang. (gen mama mungkin? tak pun babah. yang kenal saya jua keluarga boleh mengesahkan..) Saya pun dah kata dari awal, atas sekali: inGatkan aku jua Kamu. Harapnya kalian boleh terima. Jika ada juga sesiapa yang terasa, maaf. Maaf seikhlasnya dari saya.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails