Wednesday, June 16, 2010

Seksi! ada aku kisah?


:: mush min ni ::





Mekasih buat Kak Maria jua Ustaznya, kerana Laptop kesayangan saya kembali berteriak. Bersyukur tahu! Alhamdulillah sepanjang jalan.



Kembali berteriak menandakan akan kembali bergiat dan ligat. Eh, silap. Terlepas pula. Jangan! Jangan salah faham. Lain pula difikirnya nanti. Sebenarnya berjalan-jalan sambil memerhati dan menafsir di alam maya memang menTerujakan saya. Apa pun moga-moga yang bermanfaat dapat dikongsikan bersama. InshAllah.




Sepanjang lappy sakit, sakit tekak agaknya memandangkan tak mahu dia mengeluarkan suara, saya turut terkesan sama (mush maol walla eih?) bukan apa, bermacam-macam dalam kepala menanti dikerah namun bendanya tiada. (Lappy yang tiada di depan mata sahaja) Ha, Bila dia sudah dihadapan muka. Hilang semua.



Tak. Tak. Tak hilang. Cerita saya belum habis.




Cuma semangat bercerita disini sudah kurang, sebabnya Istifadah dari pengalaman yang ada sahaja. Itu yang ingin saya ketengahkan. Bukan jalan cerita, itu juga niat sebetulnya. Diringkaskan, Alhamdulillah selamat tiba saya ke rumah.

Pengajarannya,



jangan berani-berani bersendirian.





Saya tahu, kita-kita yang berada jauh dari mata ayahbonda sentiasa berkejaran mengejar masa. (dah nama pun merantau untuk menuntut ilmu..) Masing-masing semua sibuk. Takkan mereka nak nanti kita sahajakan.. tapi itu jangan jadikan alasan! untuk kita teruskan tabiat bersendirian. Sedikit ingatan: Bak pepatah melayu, malang tak berbau. Jadi, mencegah itu lebih baik dari mengubati.




Seterusnya, saya juga tahu di negara orang yang saya tumpang kini, Ada juga yang terlajak aksi (aksi pemakaian) saya tidak mengeluarkan kenyataan siapa dia. Ketuk hati tanya diri. Ini juga langkah jaga Diri bahkan tersenarai dalam larangan Tuhan yang Maha Bijaksana. Jadi




jangan ada suka pakai seksi meksi yang mencucuk mata
.




Bila dah tercucuk mata, jadi apa para pembaca sekalian? Tentulah luka dan bernanah pula. Maksudnya mata yang telah tercucuk tadi. Eh, nanti! sebab apa nak kata orang pakai seksi boleh cucuk mata orang yang mengerlihnya (pandang, dalam bahasa bukunya..).









sakit tahu! mata dicucuk





Sesaat. Fikir sendiri.

Betullah. Tak tipu sama sekali! memang mencucuk mata plus sakit hati. Pakailah kalau terasa nak juga. Pakai tapi bukan di tempat awam untuk ditayangnya. Aurat tahu! aurat wajib dipelihara.






p/s: rajin benar ada sambungnya. Al maklumlah menggunakan kesempatan masa yang tercedera.

2 comments:

Roslizan B.Mohd Yusof (e-jan) said...

ade sambungan lagi ke?????
macam novel la...huhuhu....
ni leh jd komik...keluaran 3x sebulan....
ponek nunggu musim2 imtihan ni....

jalan2 musim imtihan:)

papamama said...

ASSALAMMUALAIKUM…
http://dinar-emas.com/vatican.html
WAHAI SAHABAT2KU YG BERAGAMA ISLAM…HAYATILAH AKN APER YG DIBICARAKAN DIDALAM BLOG INI..WLPN KITE TERLAMBAT TTP MASIH ADER WAKTU UTK KITE BERTAUBAT SBLM PINTU TAUBAT ITU TERTUTUP..MAFHUM DR HADIS NABI…SAMPAIKN WLPN SATU AYAT…TOLONGLAH SEBAR2KN TOK PENGAJARAN KITE…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails