Thursday, June 3, 2010

Mabruk Pn Atiqa



"Lepas asar kak, dah janji dengan semua". Cik Fiza mengingatkan.



Kelmarin saya dikhabarkan Pn Atiqah Sulha menjadi ibu secara rasmi. Anak lelaki. Alhamdulillah semuanya selamat. Sekitar 8:30 pagi waktu tempatan.



Kebiasaannya ibu-ibu di sini(pelajar atau tabi' suami) bila mana berita gembira mereka sudah menimang cahaya mata tersebar luas pasti rumah mereka dipenuhi bakal-bakal ibu pula. Ambil berkat! kata salah seorang darinya.



Saya, Munirah dan Fiza menanti mereka. Di depan markaz kami berjanji temu. Sama-sama ke rumah Atiqah Sulha. Dari celah orang ramai sudah kelihatan kelibat mereka. Sudah pasti berbeza gaya orang Malaysia.

Bila dikira 9 orang semuanya termasuk saya.




(sebelum saya meneruskan cerita, peringatan awal untuk yang sedang membaca: isi kandungan posting kali ini lebih2 bersifat kePerempuanan. Jika anda ingin tahu, sila teruskan pembacaan dan jika anda rasa tak mampu. Boleh berlalu)



Macam selalu pengangkutan awam menghantar kami. Rumahnya yang agak jauh kedalam menyebabkan kami perlu berjalan kaki untuk kesana. Dalam perjalanan kelihatan kanak-kanak warga tempatan sedang bermain. (biasalah waktu petang)



Bergaduh masa main memang perkara biasa. Seronok juga melihat telatah mereka.


"Eh, hati-hati!" laung saya.



Mana taknya. Mereka main baling batu. Batu kerikil takpa juga (kalu kena sakitlah. boleh luka) ini batu bata. Batu-bata yang sudah terbelah dua.



"Kita kat Malaysia main baling selipar, kat sini baling batu-bata". kata-kata saya di sambut setuju dari mereka.



Saya pun tak tahu juga sebenarnya. Sebabnya saya jarang bercampur dengan rakan sebaya untuk bermain. Saya juga kurang tahu mengenai permainan-permainan (luar rumah) kanak-kanak di Malaysia zaman saya. Namun saya boleh agak tiada lagi yang main baling batu-bata pada kawan-kawan kan? kalau ada juga. Mau ternganga saya.





[Link] untuk sesiapa yang nak tahu macam mana main Baling Selipar





Di sini juga jangan kata batu-bata, kayu sebesar lengan pun boleh pukul kengkawan. (kategori main-main) Seriau juga dibuatnya. Sekali libas, kepala orang lain yang terkena. Nauzubillah.








ini bukan gambar hiasan.
yang sudah menziarahi pasti mengerti






Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah Atiqa. Tiada siapa yang cedera. (iyela kami tak join baling-baling batu bata).



Penyambut tetamu kata baby tiada.


Penyambut tetamu yang di maksudkan adalah mereka yang berjasa membantu si ibu menguruskan rumah sementara waktu (dikalangan pelajar juga. selalunya teman-teman rapat si Ibu). Katanya lagi baby di rumah Ibu susu.





Wajah Atiqa memancar bahagia.



Mabruk! Mabruk! tak putus-putus dari kami semua.




Semua yang ada tekun mendengar cerita Atiqa. Pengalamannya sangat berharga. Sesekali terdengar ada yang kata "eee... takutnya".


Melahirkan bayi adalah mempertaruhkan nyawa. Alhamdulilah selamat keduanya.

Saya tak perasan bagaimana mereka boleh sembang tentang Ibu susu. Kebetulan saya berjumpa dengan Halimah, exco BKAWM lupa sejenak Pn Atiqa.


"Eh? eh? (eh?- dalam melayu kita- apa?)
Ibu susu? Akak pun ada ibu susu." Saya mula menyampuk untuk tahu pangkal cerita mereka.



Di sini juga boleh kata anak-anak kecil ada ibu susu. Di Malaysia suasana seperti tu agak kurang.
Kata Pn Atiqa, babynya tak dapat minum susu (atau mungkin dapat minum susu yang agak kurang. saya pun agak kurang perasan kenyataannya memandangkan ramai sangat yang ziarah masa tu). Sebab itu, babynya ke rumah Ibu susu.



" ni Tiqa, minum susu (bakhero atau sewaktu dengannya) bubuh halba boleh banyakkan susu badan". Cadang saya.

"Dah kak, buat dah." kata si Ibu.

"ish.. nak cakap lebih kita ni bukan ada pengalaman pun." Jawapan saya disambut tawa dari mereka yang ada bersama. (dah jadi 12 orang kalu tak silap. ramai yang ziarah). Saya cuba mengingati pengalaman menjaga ibu-ibu yang baru lepas bersalin.



" ha.. lagi 1 makan gargil". Sambung saya.

" lagi 1?". Izzati Farhana kini salah seorang ahli Lembaga Hewi bertanya.

" lagi 1 urut kat kaki." saya yang tak perasan niat Cik Izzati.

" lagi 1?". Cik Izzati main tarik tali.




Yang lain semua dah gelak. Cuma saya sahaja yang agak lampi (maknanya kalu eja kot jawi: lam mim ba ba) terkena kali ini. Antara kami, yang datang ke rumah Atiqa ada 4 orang ahli Hewi. Termasuk Cik Izzati yang sudah naik taraf.


Hewi, ketua unit kebajikan dan kemanusiaan, kak Shima berkata " Ana, urutlah Tiqa"

" Tuan badan tak kata apa pun". Saya sekadar berbasi.

" boleh ke kak? tolong urutkan.." Si Ibu yang dari asyik tertawa melihat telatah kami meminta.



Saya tanya tuan rumah. Ada minyak? refleks sahaja sebenarnya. Orang baru lepas bersalin tak boleh diurut sebarangan. Macam itulah bunyinya yang mama pesan. (ni curi-curi dengar sembang orang tua)


Akhirnya saya minta losyen bayi sahaja. lebih senang untuk mengurut. Stokin Si Ibu ditanggalkan. Dengan Bismillah saya sapu losyen ke kawasan sepatutnya.


"okey semua, tengok sini... urut kat sini sahaja dah cukup" rasa macam buka kelas urutan refleksiologi pun ada. Atas jemari kaki, disini kawasan dada. Sambil mengurut sedikit penerangan saya beri secara percuma.




semua duduk menghadap. yang ternganga pun ada. (ops.. sori tak sengaja agaknya)




" ibu jari ni pula untuk otak. Buat macam ni kat baby pun bagus. Tumbesaran." Semua makin dekat nak tengok macam mana saya buat. " kalu orang migrin, tekan sini. sikit sahaja dah sakit". Ada juga yang mengangguk-angguk kepala (faham agaknya. tersenyum saya lihat mereka)



" ha Kak Syima.. apalagi. salin-salin. Bukan senang nak dapat ni. sekali dia dah curah. Kaut." Sakat dari Cik Izzati. Saya gelak sahaja. Bersama mereka memang tak kering gusi dibuatnya.



" Tiqa, akak urut slow je ni.. lagipun SIFU (aka Cikgu) akak kata, you ni urut untuk santai-santai boleh la bagi tidur. Bukan hilang sakit". Jelas saya.


"Sifu?". saya tak perasan milik siapa suara yang bertanya.



" em. Kebiasannya kursus untuk refleksi orang cina punya. 1 kepala (penuntutnya) dia kira 6ribu. Masa ana haritu, Mara yang sponsor dalam 2 ribu kalu tak silap". Saya pun dah tak ingat sangat cerita 4tahun lepas. Nak cakap pun tak seronok jadi terus tumpu pada si Ibu.



Selesai refleksi baby pun tiba dari rumah Ibu susunya. Ramai juga yang mengiringi baby.
Babynya sangat comel. Menarik hati sesiapa yang melihat. Kami panggilnya "Abdullah!" (bunyi filem ketika cinta bertasbih).

Belum cukup 7hari. Nama betul Abdullah sedang kami nanti.


Akhirnya, buat Pn Atiqa sekeluarga Mabruk dari saya.


Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails