Monday, July 19, 2010

jangan malu mengaku BAHAGIA



bukan ikan ini dalam akuarium.




Sekejap-sekejap jengah akurium.



Tujuan yang mulia, untuk memastikan ikan-ikan berada dalam keadaan selesa.



Saya rasa bahagia melihat mereka. Berenang dan berkejaran dalam 1 kelompok mereka, macam 1 keluarga sahaja lagaknya.




Semenjak Dua hari yang lalu, boleh dikatakan banyak ikan telah mati. selang tiga jam ada yang pergi tak kembali
maksudnya mati. Seolah-olah menunggu giliran ikan mana seterusnya. Saya kurang pasti apa penyebabnya.




kenapa dengan ikan-ikan ini, mereka saling TAK bahagia? bukankah lagak sudah macam 1 keluarga.



eh-eh, Farhana! tengok semua benda, semua perkara habis ingin dikaitkan dengan keluarga.




apa cerita
? Ada apa.




Begini, Kamu ada keluarga?. Biar saya guna bahasa indah yang mudah. tak pasti juga boleh disenaraikan bahasa yang indah. Kira saya dan kamu faham, cukuplah ya..





Ada waktu saya baca akhbar. Bila sempit waktu saya belek tengok gambar-gambar.




Dua Tiga perkara saya gerun juga memikirkan.
Institusi keluarga dalam negara kita khususnya, menunjukkan tahap kritikal.



Ada anak
tidak mengaku ibubapanya. Ada ibubapa saman anaknya. Adik beradik saling bercakaran. Itu cerita mereka yang masih bernyawa.



Yang telah pergi, maksudnya meninggalkan dunia yang fana. Ngeri terkadangnya. Mati di tangan anaknya sendiri.






Berhenti sebentar cerita.

Saya rasa kabur lihat skrin depan mata.






ini sememangnya salah siapa? salah siapa!




Kau salah! Dia salah! Mereka salah!




hep! Farhana. Istighfar 3 x.



Bukan masanya lagi untuk tunding menunding jari, meletakkan kesalahan pada mereka.



Sebaiknya kita koreksi diri. Pokok pangkal diri sendiri.



Kita ada Tuhan. Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Perkasa. DIA tahu segala-galanya. Jadi, kembalilah pada-Nya.


Ikut perintah DIA, tinggalkan larangan DIA.





ALLAH pencipta kita semua. Segala-galanya. ALLAH tahu di mana kemampuan dan kelayakan kita untuk berdepan dengan ujian-ujian dari-Nya.



Bila kita berusaha untuk hampir dengan-Nya. Insha Allah, mudah-mudahan kita tahu jalan terbaik untuk selesaikan semua perkara.






dAn,
kita akan rasa apa makna KELUARGA bahagia.



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)

[surah Luqman: ayat ke 14]



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails