Sunday, July 25, 2010

kepada yang dirindui





Segala puji-pujian hanya terUntuk yang Maha Esa, Allah yang pengasih lagi penyayang. Selawat dan salam buat Kekasih-Nya. Moga dirimu sedang berbahagia wahai Nabi Junjungan tercinta dan kepada sekalian keluarga, sahabat serta pengikutnya.






Bandar Perdana,
Sungai Petani
Kedah Malaysia




Assalamualaikum,



Kehadapan yang sedang membaca, jutaan rindu dikirimkan buat kalian. Harap-harap kalian sedang bergembira tatkala membaca.



Terlebih dahulu, kemaafan dipohonkan kerana lewat mengkhabarkan berita.
khabar itu pun dah maknanya berita Sibuk dengan cara dunia Malaysia. Jangan bimbang ingatan tetap ada buat semua. Lebih-lebih lagi yang tak putus-putus bertanya tentang saya.


Kini saya berada di utara semanjung, menemani ayahanda tercinta menyelesaikan beberapa perkara.






Sedikit cerita semasa perjalanan pulang ke tanah air, Malaysia.





Kalian ingin tahu,





Selesai urusan kargo barang, saya perlu ke bahagian seterusnya sebelum menaiki bas untuk masuk ke perut kapal terbang.





Alhamdulillah urusan pasport juga berjalan lancar. Terima kasih pada teman-teman yang banyak membantu dalam urusan visa tika saya masih di bumi Alexandria.. Seusai urusan pasport,
luggage bag trolley perlu discan sama juga tuannya.




Tiba-tiba beg saya di tahan, katanya ada bahan yang mencurigakan.




Apa pula!



Saya mula berfikir. Bahan apa. Apa bahan yang saya ada ada, sampai boleh mencurigakan.
Setahu saya hanya ada


Laptop dan wayar-wayar, Hard disk dan sebuah Fail juga.





Beg saya buka. Orang yang bertugas tersebut mula menggeledah apa yang ada.



Pertama sekali dia tanya, ini apa? sambil mengangkat
benda tersebut




Aduh! Saya tidak tahu namanya di dalam bahasa mereka. HARU sebentar. Sebenarnya ialah Nenas Batu. Ditanya saya juga apa kegunaannya.





Lucu sekejap menyinggah di hati.




Itulah.. bahasa bangsa asing jika kita kuasai, bukankah memudahkan diri. Nabi kita sudah lama mengingatkan.

hrm.. Farhana!




Proses mencari masih diteruskan lagi, saya juga turut tidak berhenti memikirkan bahan apa yang
merbahaya ada pada saya.





Baru saya teringat, pasti yang mencurigakan mereka adalah bahan yang terbalut dengan
aluminum foil.




Terus sahaja saya mengangkat
bahan curigaan mereka.






Saya kata, bahan merbahaya yang mereka sangka sebenar tidak merbahayakan sesiapa. Ini Macaroni bachamel. Makanan kegemaran mereka juga. Ianya dibalut aluminium foil.




Baru mereka berhenti mencari.








Macaroni b├ęchamel





Macaroni bechamel yang kak Ahsan dan Nik belikan untuk saya di Restoran Muhammadi, sebelum kita bergerak ada sejarah. Sejarah kena tahan di Airport Alexandria.





Walaubagaimana pun. Syukran bangat! Syukran ya.. pada kalian.



Alhmdulillah mengenyangkan saya, Auni Sufiyyah dan ibunya serta Syikin. Kami berkelah menikmati macaroni Bachamel sementara menanti Bas untuk ke Perut kapal terbang. Kedengaran seronok bukan?


*********








Airport Doha



Perjalanan kami ke Malaysia perlu singgah di DOHA. Singgahan kami di sana sepatutnya memakan masa 3 jam sahaja.





Kita merancang, dan jangan lupa kita ini juga turut dicipta oleh Perancang yang Maha Kuasa.




Penantian kami ditambahkan lagi. Mengikut jadul perjalanan, berlepas ke Malaysia dari Doha sekitar jam 2 pagi namun kami berlepas ke Tanah air tercinta sekitar pukul 5 setengah pagi waktu sana.






menuju ke Malaysia dari Doha



Alhamdulillah saya dan teman-teman sekapal selamat tiba di Malaysia.








Buat kalian, moga selamat segalanya di sana. Saya mendoakan urusan-urusan kalian di permudahkan. Jaga diri,



InshaAllah kahir.



Salam untuk semua yang saya rindui dengan lafaz
Assalamualaikum.



6 comments:

freedownloadfont said...

Assalamu alaikum
warm greeting from Indonesia

semalu said...

Wa alaikumussalam

sHaH rIzAn_n_FaMiLy said...

selamat bercutie.huhu

semalu said...

terima kasih ..(",)

Siti Aishah Hanin said...

kurindumu juaaaa... :D

SEmaLu berDuRi said...

Benar-benar terharu, temanku!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails