Wednesday, July 7, 2010

Kalian Suka. Saya gembira







Semalam sebelum bertolak pulang ke Alexandria, di bait J.M, Jannatul Ma'wa (nama salah sebuah rumah pelajar di Mansoura) saya dapat sesuatu yang mengembirakan hati.
Gumbira la sangat. Memanglah gembira, sebabnya saya akan mengembirakan teman-teman serumah saya. Eh, tak pasti juga cuma saya harap-harap begitulah keadaanya nanti.




Travel lagi ke bumi Mansoura. Setengah minggu jugalah berada disana. Di sana saya memikirkan juga buah tangan apa yang boleh di bawa pulang untuk ahli bait tercinta.




Thanks to my dear friends.. Cik Hazirah



Kelakar. Seronok pun ada. Saya bawa pulang untuk mereka, ahli bait saya Cendawan.
Cendawan Tiram. Di Malaysia mudah sangat jumpa. Di tempat saya, bila teringat telan air liur saja.



Selalunya
cendawan butang yang mudah dijumpa di tempat saya. Fresh atau dalam Tin.
HA kali ini amik, cendawan tiram ko! dari Mansoura.




Mungkin ada atau mungkin banyak sebenarnya di tempat saya, tetapi biasalah... mana nak dan pergi cari merata. Paling-paling CARI di Fathallah sahaja. Ada juga cuma harga standard la.
em cendawan butang ja






Hajat di hati ingin jadikan Cendawan Tiram tersebut
Cendawan Goreng crispy tak tahu juga sempat ke tidak,HEHE.



waktu tempatan 12:15 pm, seJam akan datang saya perlu bergerak ke Cairo pula. Ada sedikit urusan di sana. Penting juga.




Jika ada ahli bait yang terbaca tulisan saya, sila kalian nikmatilah cendawan tersebut sepuasnya dahulu ya! ikut selera kalian juga, sama ada sup cendawan atau apa-apa saHAja.

Jika kalian tak baca rasanya pasti kalian akan tunggu sehingga kepulangan saya untuk rasai Cendawan tiram, betul enggak? :)
oh terharunya...





resepi
Cendawan Tiram Crispy if kalian nak makan:

  • Jenis cendawan; Cendawan Tiram Kelabu; 500 ~ 750 gram.

  • Tepung Gandum; Tepung gandum ni menentukan tebal atau tipisnya salutan tepung goreng. Kalau nak lebih “berisi” korang letak lebih portion dia. Tapi kalau terlebih jadi tebal cam cekodok pulak.

  • Tepung Beras; 1 portion; Tepung beras ni memberikan rasa “keras” untuk membuat kerak. Kalau suka kerak dia keras sikit, korang tambahlah portion dia ikut suka koranglah. Kalau terlebih jadi keras dan liat pulak nanti.

  • Tepung Jagung; 1 portion; Tepung jagung memberi kesan rangup atau crunchy cakap omputih. Kalau terlebih akan menyerap banyak minyak.

  • Telur Ayam; 1 biji; Telur memberikan efek “soft”. Tapi kalau lebih, akan serap minyak.

  • Serbuk Ketumbar; 3 sudu besar; Perhatian, ini serbuk ya, bukan ketumbar yang diblender! Korang belilah kat kedai ya!

  • Serbuk Kunyit; 1 sudu kecil; Sekadar nak beri warna kuning, biar nanti goreng kaler dia nampak golden brown.

  • Air Kapur; 2 sudu besar; Petua orang-orang tua, supaya lebih rangup. Amaran, hanya gunakan air kapur sireh atau kapur makan atau kapur dapur ya! Jangan sesekali gunakan air batu kapur atau kapur tulis yang korang ambik kat sekolah! Karang masuk hospital pulak!

  • Air
  • Garam

  • Cara Menggoreng; minyak kena banyak dan PASTIKAN MINYAK BETUL-BETUL CUKUP PANAS baru masukkan cendawan yang telah dicelup adunan tepung tu tadi. Pastikan JANGAN MERENDAM cendawan dalam adunan tepung! Time nak goreng, baru korang celup dan goreng dalam kuali. Kalau korang siap-siap masukkan cendawan tu awal-awal dalam adunan tepung, nanti dia jadi lembik dan tak best. Bab goreng-menggoreng ni korang kena cekap control api dapur. Jangan sampai api tak cukup panas, karang menyerap minyak pulak. Kalau api terlebih panas, hangus pulak! Anyway, goreng tu tak perlu lama-lama. Asal warna dia jadi golden brown, cepat-cepat angkat! Just make sure tepung dia dah masak, that’s enough!

  • Cendawan goreng ni paling sesuai dimakan dengan cara mencicahnya dengan sambal kicap yang dicampur dengan sedikit perahan air limau kasturi. So, ada rasa pedas, manis, masin, masam





Makan nanti jangan lupa orang yang beMusAfir ini ye.





Lebih kurang macam ginilah , tapi ini orang punya.






link asal




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails