Hantu!
Kata seorang kanak-kanak sambil tangannya kearah saya.
Er hantu ye.
Kebetulan saya sedang menemani mama beratur di mesin Atm. Kedudukan yang tidak berapa jauh membuatkan saya mampu menangkap butiran suara si comel tersebut.
Kelihatan papa si Comel tersebut bergerak perlahan untuk menoleh ke belakang bagi memastikan bahkan mungkin teruja dengan aduan anaknya.
Itu perkara biasa. Macam-macam lagi.
Yang pasti kenangan ini akan saya bawa pulang ke sana nanti.
Ini pula cerita semasa raya.
Jemputan ke Jamuan Hari Raya di tempat kerja mama baru-baru ini saya penuhi.
Ramai dan meriah mampu saya kata dan cerita Si Comel kali ini lain pula,
Tangan yang saya hulur disambut dengan sedikit gelisah pada mulanya. Takut agaknya fikir saya tapi tak lama, dia mendekati dan bergurau senda akhirnya bersama saya .
Menariknya, si Comel tersebut memang sudah diberikan pendedahan mengenai agama. Sedikit sebanyak, tudung berwarna merah Jambu terhias di kepalanya. Menawan. Sungguh menawan.
Tadi, setelah hampir seminggu berlalu mama bercerita, Ibu Si Comel tersebut mengadu. Katanya, sejak pulang dari jamuan hari raya, puterinya menarik tudung dari bawah dagu tutup hingga paras bawah mata.
Di tanya mengapa.
Jawab si comel ingin jadi seperti saya.
Mis 2 Hermanas
Sedikit perkongsian:
Masa kanak-kanak mempunyai keistimewaan berupa
kelenturan serta kesucian dan fitrah.
Dalam masa ini seseorang dapat memanfaatkan
waktu yang cukup
untuk menanamkan di dalam jiwa anak apa saja
yang dikehendakinya,
dapat mengenal berbagai potensinya,
serta dapat membantu arah masa depannya.
Bimbingan atau pembinaan awal yang harus dilakukan
pada anak-anak adalah
penanaman akidah Islam yang kukuh pada anak,
menanamkan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya,
al-Quran dan hadis- hadis Rasul.
Di samping itu penanaman akhlak dan adab juga
merupakan hal yang penting
dalam proses pembinaan ini.
Seiring dengan itu,
pembinaan perasaan dan kejiwaan anak
merupakan hal yang tidak boleh kita abaikan.
No comments:
Post a Comment