Tuesday, October 12, 2010

untuk orang yang ada Cinta

Ibu Bapa Suka Mempunyai Anak

Ini kerana mempunyai anak banyak kelebihannya, dibandingkan harta kekayaan
antaranya seperti


  • Anak dapat diajak berkomunikasi (menghiburkan jiwa)
  • Mengikut jejak ibu bapa
  • Membela ibu bapanya ketika orang lain menyerang atau melukai hati mereka
  • Penunjuk kepada mereka apabila dalam kekeliruan
  • Merawat ibu bapa bila sakit atau lanjut usia



Perbandingan kekayaan atau Anak


Pada ayat ke 45, surah Ali Imran. Allah SWT nyatakan:

" Bahawasanya Allah SWT memberikan khabar gembira kepadamu dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah iaitu seorang anak bernama Masih, Isa bin Maryam..."


Allah menyatakan bahawa anak membawa kegembiraan bagi ibu bapanya. Walaupun dalam keadaan ini Maryam melahirkan Nabi Isa a.s tanpa suami akan tetapi Allah SWT tetap menyatakan Isa a.s membawa kegembiraan.



Ibu Bapa Bahagia Jika Anak-anaknya soleh

Kita sering mendengar imam-imam membaca doa yang merupakan firman Allah SWT dalam surah Al Furqan ayat 74. Bah kita sendiri juga senantiasa memohonnya

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.




Ibu Bapa Menginginkan Anak-anaknya Berbakti Kepadanya


Cik Farhana,

Kesemua yang tertera di semaluberduri kali ini adalah pesanan khas dan ingatan untuk cik!
Jadi, sila tidak perlu berbunga merdu menyusun ayat sebentar.

Contoh realiti er bukan realiti tv sedang Cik Farhana alami bahkan sedang meneliti.
Moga-moga bagi sesiapa memerhati tajuk ini ambillah pengajaran dan cerita yang busuk bersihkan.


Ibu bapa inginkan anak-anaknya berbakti padanya.

Allah berfirman dalam surah Al- Isra ayat 23


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).





Mama tercinta luangkan masa bersama Atuk




Dapat dikait keadaan dari sudut psikologi orang tua,

Allah telah menetapkan adanya sikap timbal balik ibu bapa rela berkorban, kerana itu tertanam keinginan dan kemahuan pada diri mereka untuk mendapatkan penghormatan dari anaknya.

Dengan adanya perintah ALLAH SWT pada anak-anak untuk memuliakan ibu bapanya, maka sudah tersalur tuntutan Ibu bapa terhadap mereka.




P/s: Eh, tak takut ke, dengan gelaran ' orang tua Nyanyuk' pada mereka iaitu ibubapa kita.
Astaghfirullah..
Bisa memakan diri Tahu!

Harap kesedaran adab sentiasa bersama kita.

3 comments:

sHaH rIzAn_n_FaMiLy said...

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث

..-1
..-2
3-anak yg soleh/solehah yg mendoaknya.

nur akmal said...

pesanan bt insan yg bgelar ank jua~ :)

semalu said...

betul (",)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails