Monday, February 28, 2011

Balik Semula.




Penuhi semaluberduri tanpa isi, secara rambang memang langsung tak menseronokan. Padahal kau hampir menjadikan tapai Cik Farhana, dengan segala apa dalam draft. Masak elok jika mangga yang diperamnya tapi cerita ini pendek. Kronologi berjela saya padatkan sahaja, yang lain-lain tunggulah bila saya ada masa.

Isu perubahan dunia.
Suasana pilihan raya.
Tentang negara kita, Malaysia.


saya pilih cerita kecil sahaja, Kenangan krisis di Mesir.

Tarikh 28hb Januari, Genap sebulan yang lalu.
Memori hidup. Sama-sama berlari mencari perlindungan dengan warga tempatan di Ramses, Kaherah. Antara medan perhimpunan rakyat Mesir menyuarakan kemarahan.

Tahan perit dan pedih penangan semburan gas. Sayu hati melihat kanak-kanak kecil juga mengalami situasi tersebut. Merah padam, teriak tangis yang mampu mereka zahirkan.


Zalimlah. Kau yang arah lepaskan tembakan gas di kawasan semua warga ada.

Kami baru tiba dari Iskandariah. Elok-elok keluar dari pintu gerabak keretapi berdepan dengan suasana kacau bilau. Mahu arahkan kaki ke mana, memang tak jumpa punca saat itu.


2 orang polis membantu saya dan teman meloloskan diri dari suasana kelibut diiringi jeritan orang ramai pada himpunan tersebut. Sedaya segera berlari keluar mencari udara bebas gas pemedih mata.



Terkedu melihat kawasan pengangkutan awam yang lapang. Lengang. Tiada tranco yang berani ambil risiko melalui jalan-jalan yang dipenuhi ratusan manusia untuk menuju ke destinasi sepatutnya.


Dalam kekalutan mencari jalan keluar. Saya melihat ratusan manusia berlari ke ruang lapang. Tuju terus kearah depan kami. Akibat dikejar polis-polis bersenjata. Di belakang kami juga diasak puluhan manusia yang inginkan ruang udara bersih.




Allah sahaja yang tahu perasaan di hati-hati kami tika itu.

Insya Allah peristiwa mahal ini saya tak akan lupa. Tersangkut di Kaherah hampir seminggu. Padahal urusan saya kesana sepatut hanya sehari. Pulang ke tanah air juga dari sana. Hanya berbekalkan pasport saya tinggalkan bumi Nabi Musa AS.


Lagi seminggu dua akan berangkat pulang kembali ke sana, menyambung pengajian. Sejujurnya tak tertanggung rasa rindu pada kitab-kitab dan suasana disana.

Doakanlah ya.

Doakan kami perolehi segala kebaikan-kebaikan yang ada di bumi itu dan akan bawa pulang pula ke tanah air untuk dikongsikan bersama. Insya Allah.

2 comments:

Lintasan Hati said...

Berharganya kenangan di Mesir.....semoga kehidupan akan datang dipermudahkan oleh Allah.....selalu la post entry yang bermanfaat yer......

SemaluBerduri said...

insya Allah..

terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails