Wednesday, April 13, 2011

Pagi sampai Tengahari






Cuaca begitu cerah. Deruan ombak yang memukul pantai seakan beirama. Mana tidaknya, segala yang terbentang mendatangkan kesyahduan, alahai.. Kedudukan bank yang setentang laut Mediterranean tambah mendamaikan.



Alhamdulillah.
Terima kasih kepada mereka yang mengutuskan kiriman.






Dari Sidi Beach saya ke Assofirah. Tanpa ragu terus menuju ke sasaran utama selepas pulang dari lubuk wang. Langkah ke sana adalah kesan dari gagau mencari barang, lantas maju ke Suk untuk segera menyempurnakannya.

Sepanjang dua tahun lepas, Suk tersebut adalah tidak berupa Suk kerana ditebas dan telah dicantas dengan jayanya oleh pihak penguasa tempatan. Kini Suk mula hidup seperti dulu kala selepas peristiwa 25 Januari. SUK atau diterjemahkan ke bahasa bonda kita adalah pasar. Bukan pasar raya sebaliknya pasar-pasar biasa yang semacamnya jalan Tar di Malaysia, eh bukanlah.. macam pasar tani agaknya.

peniaga kekacang

Sekilo harganya LE 2.OO










Laju-laju langkah dilajukan. Orang ramai mula berpusu, makin naik matahari makin ramai manusia mula menghuni. Memenuhi Suk yakni.

Padahal saya ke mari kerana ingin mendapatkan kain langsir rumah yang murah, untuk sampai ke destinasi perlu mengalami kejadian begini. Memang tak mencabarkan langsung padahal berasak yang bukan menakutkan. Kesan cuaca barangkali.


Sebelum jauh penceritaan, biar saya tanya. Ubi apakah ini? terkadangnya rasa ingin menikmatinya dalam cara masakan tanah air namun rasa itu datang tak menentu. Jadi kita abaikan sahaja.




Setelah berjalan kaki dari tepian pantai sehingga dalam lautan bangunan, akhirnya ceruk pasar kelihatan juga. Deretan kedai-kedai langsir yang berjela.


Belum buka lagi mereka ini.


Kebanyakkannya kedai kain langsir hanya sebuah dua sahaja baru menolak geriji. Sudah jadi kebiasaan majoriti peniaga tempatan disini mula beroperasi selepas zuhur. Biapun saya tahu akan kenyataan ini, ia tetap memadamkan semangat mendidih yang terbina sekian lama.


Pilihan terbantut. Keputusan diputuskan dengan memilih apa yang ada walau tak cantik, tak menarik, biarpun tak bombastik asalkan saya membawa pulang sejumlah kain. Ayat monopoli difikiran, sungguh drastik secara tiba-tiba.


Cik Farhana.
Hep, istighfar 3x



Mari kita lihat langsir dari kedai yang sedang membuka geriji.





...

dan pelbagai jenis kain lagi.



Akhirnya tersempurnalah proses pembelian, maka kesimpulannya.

  • Jimatkan perbelanjaan anda dengan merangka sebelumnya.
  • Merancang itu daya kita dan penentuan pula atas kuasa dan rahmat-Nya
  • Bersyukur dengan apa yang ada membuahkan ketenangan
  • Memahami pengorbanan orang sekeliling berdasarkan penghayatan suasana
  • Terima kasih itu bagus walau caranya sedikit senyum atau beserta sedikit angguk
  • Bersungut adalah tidak chantek.

4 comments:

Unknown said...

seronoknya bershopping :)

Ahsan Mardyya said...

Assalamualaikum..
makin kuat rindu seusai baca posting cik hana.. akk teramat rindu nak bersama2 cik hana n alibet Syaqaiqun Nu`man.. yaAllah Engkau lah sahaja yg sangat mengetahui indahnya saat2 aku bersama mereka.. eratkan ukhwah antara kami yaAllah hingga ke syurga Mu.. amiin.. akk sayang cik hana.. jua mereka.. :) doakan akk d sni.. wassalam..

SemaluBerduri said...

Amoi MiyaSya: lagi Seronok bila boleh bawa pulang

Cik Ahsan: Alaiki salam.
Allahu Rabbi..
rindu ini bertaut kak. Getarannya sesama rasa. Kenangan tu segalanya indah. Kami sentiasa doakan akak. Moga kita ketemu di Malaysia.
sayang kak Ahsan

Nik Evi said...

salam ziarah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails