Selamat tiba saya di Stesen keretapi Sidi Gaber, Alexandria. Alhamdulillah.
Waktu tempatan sekitar 07:30 petang. Perjalanan dari Mansoura ke Alexandria tidak terlalu makan masa. Kebiasaannya sekitar 2 hingga ke 3 jam sahaja.
Kelmarin lagi saya dan salah seorang dari ahli bait bermusafir. Destinasi kami ialah Mansoura. Perjalanan kami ke sana dengan menaiki Bas. Bas ekspress WEST & MID DELTA.
El-Mansoura, atau Mansurah merupakan salah sebuah dari negeri di Mesir. Penduduk Mansoura mencecah angka 5,000,000 orang. Dakahlia adalah ibu negerinya. Bandar Talkha, bandar yang menghidupkan suasana Mansoura dan Sungai Nil merupakan nadi kepada penduduk di sekelilingnya. Jika saya tersilap fakta, maafkan ya! alasyan ana min iskandari wa ana mush araf kulluha.
Cerita dihari kami ke sana.
"Kak Ahsan, pukul 3:30 kita keluar rumah ya! Sudah berada di stesen keretapi" . Sambil menyediakan apa yang sepatutnya untuk bermusafir saya mengingatkan kak Ahsan.
Selalunya jika ingin ke Mansoura atau ke Cairo, sehari sebelumnya pasti sudah memiliki tazkarah keretapi (bahasa melayu kita sebut TIKET).
Agak berisiko jika terus ke stesen keretapi pada waktu dan hari yang sama kita ingin ke sana masa itu juga (maksudnya ke Mansoura / Cairo) kerana berkemungkinan tiket telah habis. Lebih-lebih lagi di musim panas. Potensi untuk kehabisan tiket atau ketiadaan tempat duduk adalah amat besar.
Hampir pukul 3:25 petang kami sudah keluar rumah ke stesen keretapi untuk menuju ke Stesen Keretapi Utama iaitu Sidi Gaber. Di Sidi Gaber lah kami akan mendapatkan tiket untuk ke Mansoura.
"Kak,nak singgah kedai jap.". Saya kata pada Kak Ahsan masa kami sedang menuju ke stesen keretapi.
"Cepat sikit". Balas Kak Ahsan.
Poonnnnnnn... Pooonnnnn... (bunyi lebih kurang keretapi arang batu tahu!) Bila-bila masa sahaja keretapi akan sampai. Bunyi hon keretapi sudah sayup kedengaran. Maknanya sudah makin dekat. Kami masih di kedai lagi. Ammu agak lambat beri duit baki.
Keretapi yang dimaksud disini lebih kurang LRT atau Putra di negara kita. Cuma bezanya keretapi ini pintu-pintunya di setiap gerabak tak tutup sendiri. Bahkan memang tak tutup langsung. (macam dalam filem hindustan dulu-dulu tu)
" keretapi dah sampai. Jom ligan". Niat saya bergurau sahaja mulanya.
Memandangkan kami belum sampai di birai landasan keretapi. Kami jalan cepat-cepat. Tetiba hon keretapi berbunyi lagi. Menandakan akan meneruskan perjalanan ke stesen berikutnya.
" Akak cepat! nanti kita ketinggalan keretapi ini" Saya yang sedikit melaung, sebabnya berasak dengan orang ramai dah mula berlari.
" Jom lari". Kak Ahsan ajak saya.
Kami memang berlari mengejar keretapi kerana keretapi dah mula berjalan. Geraknya yang dah makin meninggalkan memaksa saya dan kak Ahsan menambah kelajuan.
Bersama-sama kami yang turut berlari ialah seorang bapa dengan anak perempuannya.
Saya perasan ketika kami berlari, di setiap pintu-pintu gerabak keretapi banyak kepala-kepala yang menjengah melihat keupayaan kami mengejar keretapi. Malahan di birai landasan keretapi ramai juga yang memberi sokongan pada kami (orang yang tak naik keretapi)
Kak Ahsan membuka laluan untuk saya mencapai pemegang pintu gerabak agar lompat ke dalam keretapi terlebih dahulu. Bapa dan anak perempuannya yang tadi sudah selamat berada di atas keretapi.
Saya masih berlari memegang pemegang pintu gerabak hanya tinggal lompat sedikit kaki untuk naik ke atas keretapi.
tapi tak. Saya kurang berani. Saya lepaskan pemegang tersebut membiarkan keretapi terus meninggalkan pergi.
Saya berpaling Kak Ahsan juga berhenti berlari.
"Kenapa? Kenapa tak naik sahaja?" Kak Ahsan bertanya.
"Tak bolehlah kak, terbayang lain tadi." Saya mengatur nafas penat berlari.
Kami nak tertawa juga. Ramai yang beri sokongan tika kami berlari tadi. Mungkin hampa menimpa mereka, kami masih disini tak juga naik keretapi.
Sebenarnya tika saya berlari memegang pemegang pintu saya terpandang bawah birai landasan keretapi. Fobia saya seketika.
Saya teringat cerita awal tahun baru ini. Di Sidi Gaber. Semasa saya sedang menunggu ketibaan keretapi untuk ke Cairo, saya dengar jeritan orang ramai.
Mula-mula cerita seorang mama (gelaran bagi perempuan yang agak berusia) yang sudah berada di dalam keretapi berdiri di hadapan pintu.
Keretapi sudah bergerak laju. Mama ingin turun darinya. Mungkin mama tersebut silap naik keretapi fikir saya.
Dengan bantuan seorang anak muda, mama tadi melompat keluar dari keretapi.
Tergolek-golek mama tersebut jatuh di hadapan saya. Lilitan tudungnya terbuka. Selipar yang dipakainya tercampak jauh. Mama tersebut bangun membetulkan jubah dan tudungnya. Saya lihat mama tersebut tertawa sambil mengutip seliparnya.
Terkejut juga.
Saya kembali menyambung pembacaan. Kali ini saya dengar jeritan orang ramai buat kali kedua.
Apa pula.. yang tadi pun masih terperanjat lagi. Fikir saya. Keretapi yang dinaiki oleh mama lompat keluar masih berbaki 4 gerabak lagi. Masih kelihatan di birai landasan dengan kelajuan yang semakin berganda.
Jeritan orang ramai kali ini lebih kuat berbanding tadi
Bila saya pusing. Saya lihat seorang lelaki yang agak berumur, tersangkut kakinya.
Sebelah kanannya di atas keretapi manakala sebelah kakinya lagi dibawah birai landasan keretapi. Kedudukannya tersangkut dek perut. Tak boleh naik kedalam keretapi.
Lebih kurang 5 orang anak-anak muda warga tempatan turut berlari cuba untuk membantunya naik ke atas. Dan dari dalam keretapi sendiri orang ramai penuh di muka pintu pun turut bekerjasama.
Namun kelajuan keretapi menyukarkan.
Saya tak jadi meneruskan pembacaan kerana memikirkan jika ada sesuatu yang melintang atau menghalang di tepi birai landasan pasti Pak cik tersebut badannya terputus Dua!
ya Allah. mengerikan.
Dari cerita orang ramai, Pak Cik tersebut ketinggalan keretapi. Dia berlari mengejarnya tika ingin melompat kedalam keretapi sebelah kakinya terperosok di celah birai landasan.
Saya yang melihat kejadian ini di depan mata. Terkedu juga. Saya tak mahu di timpa perkara yang sama. Moga perkara seperti ini tidak berulang kembali kepada sesiapa. Doa saya. Amin
Kami menunggu keretapi seterusnya. Alhamdulillah. Naik seperti biasa.
Saya beli kipas dalam ketapi. tak boleh kongsi hehe
Dalam keretapi biasanya ada orang menjual. Cara jualnya. Di baling barang tersebut pada kita.(baling jatuh atas pangku kita selalunya. takkan nak baling kat muka kan)
Warga tempatan yang sedang berniaga dalam keretapi
P/s: Saya sambung lagi cerita ya. InshAllah.
camna cerita ke stesen keretapi. Tapi saya ke Mansoura menaiki bas pula.
Tu ada! gambar tiket bas yang mula
3 comments:
wah...de sambungan...ingatkan da tamat...sebab tajuk kejar ketapi....bahaya2 main lompat2 keteapi...huhu
bahaya! memang bahaya. yang kena gilis ketapi dan macam-macam lagi
kalu boleh tak nak dah lompat or kejar ketapi lagi.
sambungan lepas ni mungkin berkait ngn ketapi lagi.
nantikan ya
beberapa fakta yang kena tukar, dari cerita atas :)
El Mansoura (Arabic: المنصورة, al-manṣūrah)
is a city in Egypt, with a population of 420,000.
It is the capital of the Dakahlia Governorate.
Maaf ye dipinta.
Post a Comment