Yang sudah cerita Pagi sampai Tengahari dapatkan langsir, terkini kisah jatuh dan patah kaki. Semacam berentet-rentetan. Kau ni pun, tak kan terbang merentas laut dan padang pasir ke Alexandria untuk dekorasi semata-mata, berpadalah.. tuntut ilmu juga. Dekorasi, kau tahu itu apa?
Baik. Abaikan.
Berangin yang keterlaluan kurang baik untuk tulang, mari elak.
Disorong dalam Hospital Mabroh Assofirah
Terima kasih disematkan pada tanah semaluberduri untuk kalian yang sungguh berjasa ketika susah dan senangnya saya. Terutama di saat kaki berbungkus kemas dan berat. Dengan terpisah saya dari ibubapa, kalian bertindak seperti keluarga. Sudi berbagi ruang walaupun sedang berperang dengan kuliah dan kelas tambahan. Moga Allah SWT senangkan kalian. Terima kasih lagi sekali dan sekali lagi.
///
14hb April 2011
Allahu Rabbi...
setiap tingkah terasa gundah.
Selepas sejadah berwarna tanah saya lipat dan sangkut ditepi, keliling dinding rumah diperhatikan, seperti tidak kena. Kebetulan ruang tamu juga merupakan ruang solat bersama-sama. Mata tertancap segera pada hiasan dinding yang sudah tertanggal menyembah lantai. Saya berkira seusai urusan kendiri, hiasan tersebut akan saya perbaiki dan perapikan.
Jarum pendek jam ke angka 10 malam, saya meminta bantuan Cik Ummu yang merupakan teman serumah bagi membantu kerja saya menampal hiasan dinding. Lantas meja tertinggi menjadi pilihan untuk senang saya gapai aras sebenar hiasan yang telah tertanggal.
Entah mengapa Hati berasa semakin kurang tenang, sambil meneruskan kerja baik pulih dan tampal saya menoleh ke bawah arah Cik Ummu yang sedang giat memutuskan selotep menggunakan pisau yang boleh diselaraskan.
" cik Ummu, panjang sangat mata pisau yang awak guna. Risau jika terjatuh akak, tergadak dengan pisau tu ". Saya suarakan rasa hati.
Matanya sedikit terbuntang, terkejut agaknya.
" Oh! Okay.. Okay Kak ". Laju tindakan Cik Ummu menurunkan kadar mata pisau yang bersinar. Dengan huluran terakhir selotep dari Cik Ummu, saya juga lajukan tangan untuk mencecah hujung hiasan bagi menampal dan selaju itu jugalah saya merasakan semacam jatuh dari bangunan.
Pantas. Memang kejadian pantas.
Terus celik mata yang sememangnya terjaga. Alhamdulillah.
Dan sebetulnya saya telah terembas diatas besi kaki meja. Itu sahaja.
dan inilah keputusan ..
Terus saya diberi pilihan, samada operation atau plaster leg.
Cik Suhana, teman pengiring yang telah awal capai keputusan kerana sesudah saya disorong keluar bilik sinar X-ray hanya beliau sahaja yang dipanggil doktor untuk berbincang.
Selesai operasi meplasterkan kaki, Doktor memberitahu 20hb April saya perlu menghadirkan diri untuk melihat sejauh mana keberkesanan plaster dan tindakan seterusnya akan diberitahu kemudian.
///
Titipan, buah tangan dan pesanan dari kalian menghiburkan.
Tallagah atau peti ais rumah kami, pun sudah dikuasai dengan susu segar dan macam-macam lagi. Antaranya
keju juga, untuk tulang kembali sediakala
antara Pesanan Ringkas diterima juga salah seorang blogger
Melihat teman-teman yang sudi menziarahi cukup mengharukan perasaan. Terima kasih atas segala, mengkhabarkan pengajian di kuliah yang saya tertinggal, malah Ustazah Jehan juga turut memastikan saya dapat mengikuti sepanjang kelas pengajian Syeikh A'laa di Masjid menerusi talian.
Allahu Rabbi.. terima kasih Tuhan dengan nikmat yang Engkau kurniakan.
Mohon pembaca budiman turut sama mendoakan, mungkin doa kalian lebih awal dimakbulkan.
Moga semua urusan kita Allah SWT permudah.
Mudah-mudahan diperkenankan.
3 comments:
Syafakillah..
moga cepat sembuh..
syfakillah!
salam Ana.Isy betuah betul kamu ni letak mesej kite dalam blog.malu btul.hahaha....kite baru perasan.
dengarnye nak operate esok ea?kite doakan selamat sume urusan.sabar ye Ana.seronoknya dosa dah kene basuh ngan penyakit.
ade satu permintaan kalau xmemberatkan,upload la gambar kat airport @ terbaru kalau ada ea.nak masuk dalam PD.syukran Ana.Allah yasyfiiki...aaamiin :)
Post a Comment