Monday, May 30, 2011

Tembaga Suasa

Pernah kamu dengar tembaga atau lihat dengan mata kepala bagaimana rupanya?



Baik.

Semenjak simen bertukar rupa, tidurku bertemankan tembaga. Melekat erat semacam tidak dibenar terpisah biar sesaat. Dalam rupa nan layu kesan dilayur dan berminyak sakan dek minyak kelapa ia bertindak ligat di tempat patah namun tak ternampak pada mata biasa.


Tembaga Suasa nama penuh ia atau Crinum Asiaticum ialah nama saintifik kepada peneman kaki saat ini. Crinum Asiaticum atau dikenali juga sebagai Crinum Lily sangat berkhasiat terutama pada daunnya. Rupa daun Tembaga Suasa seakan-akan daun Pandan. Bezanya ia lebih tebal, lebar dan besar berbanding daun pandan.


Daun Tembaga suasa berkesan membantu proses pemulihan jika bengkak, terseliuh, retak dan patah. Ada sesetengah cara, tumbuk lumat daun tersebut dan tampalkan ia pada tempat sakit.

Mama pula lain cara aplikasi daun Tembaga suasa pada saya.
Seusai solat isyak, saya dipanggil Mama.



Okay, saya dah tahu kenapa.


Proses membalut akan bermula.
Insya Allah khair Farhana.. khair insya Allah. Tak sakit punya.






Tembaga Suasa

2 comments:

Hanin said...

kite pernah pakai dulu kat tangan mase kecik.memang 'best' cam kene tarik2 dalam balutan tu.subhanallah,Dia ilhamkan ilmu kepada org2 tua kita :)

SemaluBerduri said...

memang, sampai sekarang
terkesan betul bila terpandangkan tembaga ni.
Alhamdulillah moga beroleh manfaat untuk semua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails