Tuesday, November 16, 2010

Buat Kamu







Kamulah,
kepada kamu yang seakidah dengan aku.


Aku sedang tulis sesuatu buat kamu dan kamu mengerti maksud itu. Kamu yang sedia tahu dan selalu pura-pura tidak tahu. Entahkan kamu lupa, atau kamu yang sengaja menghilangkannya dari kepalamu bahkan dari dalam hati kamu. Kamu injak-injak tentang itu macam tidak pernah berlaku!

Pura-pura tidak tahu konon. Mengjengkelkan tahu! Sungguh. Aku benci lihat kamu.


Hilangkan APA kamu tanya aku?


Biar aku tolong lagi kamu. Aku takut melihat kamu. Benci aku dengan perbuatan kamu. Ingatkan kamu, benci aku terhadap mu bukan benci melulu. Kamu juga perlu tahu bahawa benci yang ada padaku terhadapmu kerana aku sayang kan kamu.



Kamu yang pernah tahu erti malu. Kamu yang tahu hargai maruahmu.


Kini...
Kenapa dengan kamu!
Mana hilangnya semua itu?
Inikah kamu?



Aku tak mahu kamu seperti ini. Aku rindukan kamu yang dulu.



Kamu yang tak segan silu.. Dahulu kamu tak seperti ini atau aku yang tak pernah tahu?


ya Allah.
Aku benar-benar rindu pada temanku.. yang dahulunya tahu apa erti malu. Malu pada Tuhan yang Satu. Bantulah dia.. kembalikan dia pada jalan-Mu. Tetapkan imannya kukuhkan jiwanya. Agar dia sentiasa tahu.. Hanya pada-Mu segala-galanya dicipta dan dikembalikan.




Jagalah aurat kamu. Peliharalah diri kamu. Lindungilah diri kamu dari azab-Nya yang penuh seksa.

Aku benar-benar sayangkan kamu.


Aku janji dengan kamu, andai nyawaku masih dijasad disaat kamu kembali menjadi muslimah yang aku kenal dahulu. Entri ini aku hapuskan. Insyallah. Aku janji dan aku sentiasa nantikan saat itu.


Jika aku, kamu lihat tak bertepatan dengan aturan Tuhan tegurlah aku kerana aku tahu kamu sayangkan aku.



Temanmu,
Semaluberduri.


2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Adik, selamat Hari Raya Qurban! Semoga sahabat adik tu berjaya dibawa pulang, InsyaAllah. Tima kasih lawat blog Akak tadi!

SemaluBerduri said...

Wslam Amin.. terima kasih juga Kak. Moga Allah permudahkan urusan Akak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails