Dikejutkan dengan Fenomena video miming Cikgu Shida. Penyokong cikgu tersebut melebihi angka 10,000 di laman Facebook. Apa tanda semua tu? Penyokong cikgu shida menyokong pembikinan video miming tersebut dengan memberikan alasan, guru seharusnya menjadi pencetus kreativiti murid. Soal saya, adakah video tersebut membantu proses pengajaran dan pembelajaran beliau? Video tersebut disajikan untuk tontonan siapa?
Ramai yang terhibur, artis bagai. Status views kat Youtube boleh mengalahkan Siti Nurhalizakot kalau diselaraskan masa mula-mula video dimuatnaik. Tak cukup dengan laman Youtube, tersebar pula di Facebook. Kat sinilah muncul pelbagai suara. Sejujurnya, kita tak suka title 'cikgu' itu dicemuh. Kalau Cik Shida dah sememangnya artis atau menjawat jawatan lain selain guru, rasanya situasi yang kita tempuh pada hari ini adalah berbeza.
Cikgu Shida adalah seorang guru. Melalui sudut pandangan saya; saya kira cikgu tersebut dihentam hebat kerana beliau membawa imej seorang guru dan perbuatannya itu dilihat seolah-oleh mencemarkan imej dunia pendidikan. Seorang guru seharusnya menjaga kesopanan dan memberikan teladan yang terbaik buat anak didik, bukan mencabar murid dengan sesuatu yang saya kira tidak bermanfaat. - edited post from - here
Video miming cikgu shida boleh dilihat di SINI
Facebook di SINI
Firman Allah SWT :
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [7:179]

sumber klik sini
3 comments:
salam 'alaik
sebagai seorang cikgu, saya turut malu dengan apa yang dilakukan oleh cikgu syida.
Didikan cikgu bukan hanya pada isi pengajaran tetapi juga akhlak dan tingkah laku. Murid akan melihat dan meniru apa yang cikgu lakukan.
Semakin ramai peminat, semakin galak cikgu syida membuat video. Pada mulanya hanya sedikit, tetapi bila diberi publisiti, makin menjadi2.
Moga ALlah memberi taufiq dan hidayah kepadanya
macam penah dengar je nama cikgu shida ni..mayb dia nk attract kita untuk tgk video2 dia..bg sy dia ni xbes pon..over ada la :)
Salam, Cikgu Shida is a maverick. Mungkin dia kurang sihat. Ini PPD punya masalah tapi setakat ni tak dengar pun pihak PPD atau Kementerian beri respon.
Post a Comment