Baru-baru ini, saya ada bertemu dengan seorang teman lama. Lama yang bersandar pada perkataan teman tersebut adalah bermakna sudah lama benar saya tidak bertentang muka dengannya dan memang agak lama pada kiraan saya, 2 tahun yang lepas. Kali terakhir saya bersua dengannya ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Kaherah.
Walaubagaimanapun, pertemuaan kali ini tidaklah juga bertentang muka, sebabnya kami hanya bertemu di alam maya. Dipendekkan cerita, dia saya panggil Kak Aini. Orangnya begitu pemurah dengan senyuman, begitu dermawaan, begitu periang macam kanak-kanak girang dan kekadang begitu garang OPss.. tak sengaja kak Aini namun kak Aini begitu sangat-sangat baik hati.
Ini bukan proses memPromosi siapa-siapa ya tetapi saya sedang membudayakan kamu dengan acara-acara kebaikan.
Ini bukan proses memPromosi siapa-siapa ya tetapi saya sedang membudayakan kamu dengan acara-acara kebaikan.
Baik.
Kak Aini adalah salah seorang dari senior-senior ketika kali pertama saya tiba di Alexandria. Jika kamu mahu baca cerita dulu kala saya bersama dia boleh singgah di sini dan yang menguntungkan perasaan saya tika itu adalah kerana Kak Aini juga merupakan salah seorang penyewa bait Syaqaiqun Nu'man. Kata nama yang berulang lagi. Syaqaiqun Nu'man. Itulah nama rumah kami di negara padang pasir ini. Tidak bagus ulang banyak kali, bak kata seorang kawan macam otak gred B. OK. Jika kamu masih tak percaya lagi boleh juga klik sini untuk puaskan hati.
Saya dan Kak Aini memang kamcing bak kata bebudak sekarang, masakan tidak jika saya tersilap kata berkata atau mengata kata atau berkata-kata, pasti dengan sebegitu pantas Kak Aini akan bersuara yang mana bunyinya begini,
" Ko, istighfar 3 x sekarang!"
Baik. Itu baru mukaddimah cerita.
Semenjak dua menjak ini saya diuji dengan pelbagai perkara asas di bumi padang pasir. Sama sekali saya tidak mensalahkan ujian. Hal yang tak lari dari kehidupan. Pokok pangkal cara kita berhadapan dan yang penting tanamkan dalam fikiran
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)
Ingin saya kongsi serba dua kata dari Kak Aini, tempoh hari yang telah pinjamkan saya ketabahan. Katanya:
Dik,
- Kita sebagai hamba Allah, kena sentiasa menjaga hati dan perasaan sendiri.. dan kita perlu jaga hati orang lain juga. Bila mana kita menjaga hati orang atau raikan dia, Insya-Allah segala urusan kita menjadi senang (selagi tidak bertentang dengan kehendak syariat-Nya).
- Bahagia melihat kesenangan dan kegembiraan orang lain walaupun terpaksa bekorban. Insya-Allah senang segala urusan, yang utamanya ikhlaskan niat.
- Banyakkan selawat dan istighfar bila tak puas hati dengan orang lain. Kalau marah dan benci tengok mukanya disebabkan perbuatan dia, sedekahkan Al-Fatihah padanya. Baca awal ayat dari surah Toha. Mudah-mudahan lembut hati. Insya-Allah
- Lagi 1, Senyum. Senyum penawar segala.
Kak Aini sambung menaip lagi tanpa sempat saya menTest dan mengaplikasikan senyum-senyum sendiri. Saya tahu ok. Kak Aini tengah taip lagi di kotak ym tulis nur illahi writing.. hehe
- Tak rugi keluarkan air mata untuk hapuskan kesengsaraan, sebab itu semua akan buat kita lebih kuat semangat. Insya-Allah.
Sungguh-sungguh tika saya baca rangkap tersebut berjujuran air mata, entah kenapa saya tak jumpa jalan penyelesaian yang ini. Sekurang-kurangnya cuba untuk mengurangkan. Apa pun setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi.
Pendam dan peram perasaan ibarat membiarkan luka jadi bernanah.
Terima Kasih ya Allah kenalkan saya dengan Kak Aini.
Kalian yang sedang mengeja dan membaca dalam hati,
Tolonglah untuk tidak berbangga dengan kenyataan 'Menangis itu lambang kelemahan'. Statement yang sangat-sangat memualkan! Saya suka jika kenyataan itu diletakan pada tempatnya. Kamu tahu atau tidak tahu atau buat-buat tak tahu biar saya peringatkan.
" Jika menangis dengan kepiluan hati kerana Allah, cintakan Dia, rindukan Dia, agungkan Dia mata kamu tak di sentuh api neraka! "
dari mata turun ke hati
Baik. Mari kita ber Istighfar sekarang
2 comments:
Assalamu'alaikum....
sambutan ukhwah dari bumi Malaysia...
Subhanallah... itulah ukhwah... Allah s.w.t kurniakan yang terbaik. Orang yang ingin mendapat wangi, maka bersahabatlah dengan penjual minyak wangi...
nti dikurniakan shbt yang baik... hargailah setiap detik ukhwah itu....
WALLAHU'ALAM.... (^_~)
Wa'alaikumussalam ya ukhti,
Alhamdulillah...
terima kasih.
titipan yang berharga dikirimkan dari Malaysia saya sambut penuh girang.
Insya-Allah pesanan baik dari orang baik-baik akan saya sematkan.
terima kasih lagi.
Post a Comment